promo menarik..klik utk ketahui lebih lanjut

SELAMAT DATANG

Please do not hesitate to email me again if your email has not been replied within 24 hours

MIX WHOLESALE OFFER. KINDLY EMAIL to on9shop2u@yahoo.com FOR DETAIL/TERM N CONDITION . TQ

MIX & MATCH

Please review the following wholesale buying policy here : http://garagesaleon9.blogspot.com/search/label/MIX%20WHOLESALE

USAH ANGGAP BEBAN JAGA IBU BAPA -Oleh Rohidzir Rais







KOS sara hidup, kesuntukan masa bukan alasan abai tanggung jawab terhadap orang tua. - Foto hiasan

KISAH ibu bapa diabaikan anak pasti menjadi isu yang menyayat hati siapa sahaja. Tidak hairan saban tahun iklan perayaan sering menggunakan sentimen ini bagi meraih simpati dan perhatian masyarakat.

Hakikatnya, dalam kehidupan terlalu mencabar dan sukar ini, kebaktian terhadap orang tua acap kali diabaikan.

Secara sengaja atau tidak, memelihara orang tua menjadi beban kepada anak sama ada yang masih bujang, malah yang sudah berkeluarga. Yang bujang akan beralasan, mereka baru bekerja dan tidak mempunyai pendapatan cukup bagi memelihara ibu bapa yang tua.

Anak yang berkeluarga juga memberikan alasan kos sara hidup semakin mencengkam dan rumah yang sempit tidak memungkinkan mereka memelihara ibu bapa. Lebih sukar apabila pasangan tidak sukakan ibu bapa mentua bersama mereka.
Lalu episod luka ibu bapa yang disisihkan anak ini berterusan saban tahun tanpa ada kesudahannya. Benar sebagaimana bidalan menyatakan, ibu bapa mampu mengasuh sepuluh anak, tetapi sepuluh anak belum tentu mampu menjaga ibu bapa.

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan Tuhanmu memerintahkan supaya kamu tidak menyembah kecuali kepada-Nya dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapa dengan sebaik-baik kebaktian. 

Sekiranya salah seorang atau kedua-duanya telah tua dalam peliharaanmu, jangan sesekali kamu berkata kepada mereka 'ah', dan jangan kamu membentak mereka. 

Bercakap dengan mereka perkataan yang mulia. Rendahkan diri kamu di hadapan mereka berdua dengan penuh kasih sayang dan ucapkan, 'Wahai Tuhan! Kasihilah mereka berdua sebagaimana mereka berdua mengasihi daku semasa kecilku." (Surah al-Isra, ayat 23-24)

Kewajipan memelihara ibu bapa
Ayat Allah SWT menyebutkan keimanan kepada-Nya diikuti kebaktian terhadap orang tua, menunjukkan memelihara ibu bapa adalah kewajipan besar selepas ketaatan kepada Allah SWT. Ia juga membuktikan bahawa hanya orang yang beriman kepada Allah SWT akan memelihara ibu bapa mereka dengan baik.

Baginda Rasulullah SAW menegaskan, keredaan Allah SWT kepada seorang hamba bergantung keredaan ibu bapanya. Sabda baginda: "Keredaan Allah terletak pada keredaan kedua orang tua, dan murka Allah juga terletak pada murka mereka."
Bererti ibu bapa kita adalah penyebab kita ditempatkan di syurga atau dihumban ke neraka. Rasulullah SAW berkata apabila ditanya mengenai hak ibu bapa terhadap anak mereka: "Mereka berdua (ibu bapa) adalah syurgamu dan nerakamu."
Sebagai ibu bapa, pernahkah merasakan anak yang baru meningkat remaja mula bersikap biadap dan enggan mendengar kata. Anda mungkin tertanya bagaimana anak yang diasuh dengan penuh kasih sayang itu tega memperlakukan ibu bapa mereka sedemikian rupa.

Masalah biasa yang dialami oleh ibu bapa ini mungkin berpunca daripada kederhakaan mereka terhadap emak dan ayah mereka. Penderhakaan yang dilakukan anak terhadap ibu bapa mereka menyebabkan anak mereka juga menjadi biadap dan menderhakai mereka.

Ini jelas berdasarkan sabda Baginda SAW yang dilaporkan oleh At-Thobari, "Berbaktilah kepada kedua orang tua kamu, nescaya anak kalian juga akan berbakti kepada kalian." Baginda juga berkata, "Lakukan apa sahaja yang kamu mahu, tetapi apa sahaja yang kamu lakukan kepada orang lain, kamu juga akan diperlakukan perkara yang sama."

Kelapangan rezeki, masa
Justeru, bagi ibu bapa yang berhadapan dengan anak luar biasa degil dan biadap terhadap mereka, mungkin perlu muhasabah kembali hubungan dengan ibu bapa mereka. Jika mereka masih hidup, mohon ampun dan berbaktilah kepada mereka sebagaimana mereka pernah berbakti kepada kita.

Dalam psikologi pendidikan, anak yang melihat ibu bapa menghormati dan menjaga datuk serta nenek mengajar mereka untuk melakukan perkara sama kepada ibu bapa mereka.

Berbeza dengan pandangan zahir yang melihat ibu bapa sebagai beban yang menyusahkan anak dan menyempitkan kewangan mereka, sebaliknya ibu bapa adalah sumber rezeki Allah SWT.

Rasulullah mendedahkan perkara ini dalam sabdanya, "Siapa yang mahu dipanjangkan usianya dan ditambahkan rezekinya, hendaklah dia berbakti kepada kedua orang tuanya dan menyambung silaturahim."

Begitu juga dalam laporan Tsauban, Baginda SAW bersabda, "Seorang itu tidak memperoleh rezeki kerana dosa yang dilakukannya. Takdir tidak akan tertolak melainkan dengan doa. Tiada yang dapat menambah usia melainkan dengan berbakti kepada kedua ibu bapa."

Justeru, bagi anak yang berasa sukar berbakti kepada orang tua kerana kewangan yang sempit, percayalah rezeki itu datangnya daripada Allah SWT. Kebaktian seorang anak kepada ayah dan ibunya tidak bergantung kepada kekayaan dan kelapangan masa.

Ia manifestasi kasih sayang anak kepada orang tua yang pernah berbakti dengan penuh kasih sayang. Kebaktian kepada ibu bapa juga menjadi asbab Allah SWT mengampunkan dosa. Salah satu cara untuk bertaubat atas kesalahan dilakukan kepada Allah SWT adalah berbakti kepada ibu bapa yang masih hidup.

Dicatatkan, seorang lelaki bertemu Rasulullah SAW dan mengaku telah melakukan dosa dan meminta cara bertaubat. Baginda bertanya jika dia masih mempunyai ibu, tetapi ibunya telah meninggal dunia. Lalu baginda bertanya jika dia mempunyai ibu saudara dan dia mengakuinya. Baginda mengarahkannya berbakti kepada ibu saudaranya sebagai taubat kepada Allah SWT.

Dilema pilih isteri, ibu bapa
Dilema biasa bagi lelaki sepanjang zaman apabila terpaksa memilih antara isteri dan ibu bapa, siapa perlu didahulukan? Dalam banyak keadaan, lelaki akan lebih berpihak kepada isterinya dibandingkan dengan ibu bapa yang sudah tua.

Dilema seperti ini berlaku sejak zaman Nabi Ibrahim bersama anaknya Nabi Ismail dan malah pada zaman Nabi Muhammad SAW. Dilaporkan, anak Umar al-Khattab pernah mempunyai seorang isteri yang tidak disenangi oleh ayahandanya, lalu diarahkan menceraikan isteri itu, tetapi dia enggan. Lalu Umar menceritakan perkara itu kepada baginda dan dia mengarahkan anak Umar menceraikan isterinya.

Aisyah pernah bertanya kepada Rasulullah SAW mengenai siapa lebih berhak ke atas seorang wanita, lalu dia menjawab, suaminya. Aisyah bertanya pula mengenai lelaki, lantas Rasulullah menjawab, ibunya.
Ia tidak bererti seorang lelaki perlu membuat pilihan antara dua wanita yang disayanginya. Sebaiknya dia sepatutnya bijak membimbing isterinya bagi menghormati ibunya dan memberikan tumpuan lebih kepada ibunya tanpa perlu meninggalkan tanggungjawab terhadap isteri.

5 TIPS PEMANDUAN KASIH SAYANG

Tips Memandu Balik Kampung di Hari Raya

*Pakai Tali Pinggang keselamatan*

SENTIASA memakai tali pinggang keledar ketika memandu dan tegaskan penggunannya kepada penumpang.

*JANGAN memandu melebihi had kelajuan*

Patuhi dan sentiasa kekalkan pemanduan pada had kelajuan dibenarkan dalam apa jua keadaan.

*SENTIASA kekalkan jarak selamat antara kereta dengan kenderaan hadapan*
Jika memandu ketika hujan lebat, kekalkan lebih jarak antara kereta dengan kenderaan di hadapan atau belakang.

*SENTIASA peka dan berhati-hati*

jika sebuah kereta membelok dengan tiba-tiba untuk mengelakkan lopak air atau lubang besar di jalan raya atau mengelakkan kon pembahagi jalan atau kereta rosak.

*MEMANDU dalam keadaan cuaca baik*

Jangan dalam keadaan buruk terutamanya ketika hujan lebat sangat sukar. Tayar kereta mungkin hilang kuasa tarikan pada permukaan jalan basah. Pandulah kereta dengan perlahan jika jalan tidak rata dan basah.

*Servis kereta*
ANDA dinasihatkan memandu kenderaan diselenggara dengan baik. Periksa sistem penyejukan, brek, tahap cecair brek, tali sawat, tayar,minyak enjin, lampu dan pengilap cermin sekurang-kurangnya sekali setiap minggu.

PENYEBAB MIGRAIN


Jangan salah anggap, sakit kepala adalah berbeza dengan migrain. -fotoTHESTAR

MIGRAIN bukanlah penyakit yang mengancam nyawa tetapi cukup untuk membuatkan aktiviti seharian terganggu. Satu dari tujuh orang mengalami sakit kepala akibat migrain setiap hari.
Menurut Pengarah Jabatan Neurologi, Fortis Hospital, Shalimar Bagh di India, DrJaideep Bansal, migrain adalah penyebab umum kedua dari sakit kepala, yang dialami 15 peratus wanita dan enam peratus lelaki.

Memetik Indian Express, sakit kepala akibat migrain biasanya bersifat episodik. Sakit dirasakan hanya di bahagian tertentu kepala, berdenyut dan menyebabkan rasa mual dan muntah.


Berbeza dengan migrain, sakit kepala biasanya berlaku kerana stres dan rasa tak selesa di kedua-dua belah kepala selain tidak disertai rasa mual, muntah, atau tidak sensitif terhadap cahaya dan suara.

Sejarah keluarga menjadi faktor risiko paling kuat dan konsisten untuk migrain, peluangnya meningkat dua hingga tiga kali ganda dalam kalangan saudara mara yang mempunyai migrain. Manakala sejarah sakit kepala keluarga tidak mempunyai sebarang perkaitan.


Bagi sebahagian pesakit, migrain tercetus akibat beberapa punca spesifik, sedangkan sakit kepala biasa tidak! Selain itu, migrain memerlukan rawatan dan pengurusan khusus sedangkan sakit kepala biasa dapat dikendalikan dengan mengubah gaya hidup dan beberapa ubat penghilang rasa sakit.


Berikut adalah beberapa punca migrain.
- Perubahan hormon terhadap wanita. Fluktuasi estrogen, seperti sebelum atau sepanjang haid, kehamilan dan menopaus nampaknya menyebabkan sakit kepala kepada kebanyakan wanita.
- Ubat hormon seperti kontrasepsi oral.
- Minuman beralkohol, terutama wine dan pengambilan terlalu banyak kopi.
- Stres di tempat kerja atau di rumah.
- Stimulasi sensor, misalnya lampu terang dan sinar matahari, bunyi nyaring, bau yang kuat seperti minyak wangi, cat.
- Perubahan/tidak cukup tidur, jet lag.
- Faktor fizikal, seperti aktiviti fizikal yang menyebabkan ketegangan.
- Perubahan cuaca/tekanan.
- Ubat-ubatan seperti kontrasepsi oral dan vasodilator, seperti nitrogliserin.
- Makanan, contohnya keju, coklat dan kopi.
- Pemanis dan pengawet makanan.


5 cara rawat migrain secara semulajadi
1- Jika dapat dikenal pasti puncanya, elakkan faktor-faktor yang boleh mencetuskan migrain.
2- Sentiasa bersenam dan meditasi serta amalkan gaya hidup sihat.
3- Tidur malam yang mencukupi. Disarankan 7-8 jam.
4- Elakkan alkohol, rokok dan dadah.
5- Elakkan melakukan aktiviti berat.

PENAWAR SENGATAN BINATANG

(AlMarhum Tuan Guru Dato Dr Haron Din
1) - Apabila dipatuk ular, penawar ada pada ular itu.
 -Ambil sisik terakhir (hujung ekor ) ular tersebut.
 -Ambil & makan. InsyaAllah ia akan jadi penawar bagi bisa ular itu.

2) - Disengat ikan sembilang atau ikan keli, penawar ada pada otak ikan tersebut.
 - Ketuk kepala ikan, ambil kecik seperti gel
 - Ambil & sapu pada bahagian yang disengat

3) - Terkena duri kelapa sawit. Penawarnya ada pada buah kelapa sawit.
 - Ambil buah, diketuk/ dipecahkan dan diambil minyaknya
 - Jangan ambil menggunakan tangan, sapu menggunakan sabut kelapa sawit itu sekali
 - InsyaAllah hilang rasa sakit & cepat sembuh

4) Terkena sihir untuk menceraikan suami isteri
 Surah Al - Baqarah, ayat 102

5 ) Resdung
 - Ambil 7 botol air kolah dari 7 buah masjid yg berlainan
 - Mestilah masjid yang aktif (masjid yang ada org dtg bersolat)
 - Setiap kolah masjid, 1 botol.
 - Ambil air, letak atas sejadah, buat solat hajat untuk sembuhkan penyakit resdung
 - Letak air pada tangan kanan, Baca surah Al- Anbya' , ayat 83.
 - Sebelum masukkan air ke dalam hidung, baca selawat syifa'
 - Masukkan air ke dalam hidung & buang semula
 - Ulang sebanyak 7 kali
 Surah Al - Anbya', ayat 83

6) Masalah sakit tumit / sakit2 sendi (rheumatism)
 - Gunakan minyak zaitun
 - Baca Al - Fatihah & Ayat kursi
 - Sapu minyak tersebut atau urut sambil membaca doa di bawah ini :
 Surah At- Taubah ayat 14
 &
 surah Al - Hashr ayat 21

7) Fibroid, atau masalah yang melibatkan wanita
 - Menggunakan madu asli
 - Baca Al- Fatihah & Ayat kursi
 - Baca Surah An - Nahl, ayt 69, jampi ayat tersebut pada madu
 - Makan 1 sudu sehari
 Surah An -Nahl, ayat 69

8 ) Angin pasang
 - Menggunakan madu
 - Amalkan ayat- ayat di bawah ini
 -Surah Al - Isra', ayat 82
 Surah Al - Hashr, ayat 21
 Surah Ash - Shua'ra' ayat 70

9) Penyakit darah tinggi, kencing manis, & masalah jantung
 Bahan - bahan :
 - Ambil serai 3 batang ( titikkan supaya pecah)
 - Halba (yang selalu diletakkan dalam nasi dagang)
 - Buah kelapa (yang berhingus)
 Cara - cara :
 - Serai apabila sudah dititikkan, letak dalam buah kelapa,1 buah kelapa, 3 btg serai.
 - Ambil 7 halba, letak sekali dlm buah kelapa.
 - Ambil buah kelapa, letak atas api gas & pnaskan.
 - Jadikan serai sebagai sudu, ambil isi guna serai.
 - Minum air kelapa yang telah suam.
 *Satu bji kelapa, selang 2 hari.

10) Susah tidur malam
 Surah Al - kahf, ayat 11

11) Angin dalam badan, sakit - sakit sendi
 Surah - fussilat, ayat 44

12) Merawat histeria
 - Genggam tangan kanan, baca Bismillah, MasyaAllah..
 - Baca 3 kali, tiup dalam penumbuk, muncungkan mulut, tiup dengan tiupan yg halus, Tepuk atas tulang belikat pesakit yang terkena histeria.
 *Pagar diri dahulu sebelum mengubati orang lain
 - As saffat , ayat 7

[Almarhum Tuan Guru Dato Dr Haron Din]

#ilmu

Mangsa telur ikan buntal

Kisah lama yang tak ramai tahu...

Menurut cerita, si ayah beli telur ikan kat Pasar Melaka untuk makan sekeluarga. Masa tu Pasar Melaka kat tepi sungai Kampung Jawa tu.

Penjual kata tu telur ikan kurau tapi sebenarnya telur ikan buntal yang beracun.

Menurut kata si ayah... anak-anaknya bergelimpangan kat keliling tempat makan sebaik makan telur ikan tu.

Tak terbayangkan sedih dan paniknya si ayah dan ibu masa tu...

Pada yang tak tahu, orang dulu-dulu makan bersila kat atas lantai dengan alas tikar je.

Ibu kepada mangsa mengalami kemurungan buat beberapa ketika selepas kejadian tu.

Bersamalah kita bacakan Al Fatihah buat mereka yang telah pergi menemui Maha Pencipta...

Doa Penyembuh Koma Dan Pengsan

Perkongsian Jumaat dari Tanyalah Ustaz oleh Ustaz Sharhan Shafie pagi tadi ( buat mereka yang tak berkesempatan) yang sempat disalin .


Doa Penyembuh Koma Dan Pengsan
Ada pemanggil (perempuan) bertanyakan tentang doa bagi membantu suaminya yang koma lebih setahun akibat kemalangan. Ustaz Sharhan berkongsi doa yang belum pernah disiarkan di TV sebelum ini.

Sejarah koma (tak sedarkan diri) menurutnya adalah dari kisah permohonan Nabi Musa a.s untuk melihat Allah.

Kata Ustaz Sharhan, doa yang dibaca (Firman Allah) ini boleh dibacakan pada orang koma atau jatuh pengsan.

Caranya dengan membacakan doa tersebut pada air zamzam dengan diberi minum kepada pesakit (juga boleh disudukan) atau dibasahkan bibir pesakit dengan kapas supaya masuk ke mulut (basahkan dengan air zamzam yang dibacakan doa tersebut).

Atau kita juga boleh menyapu muka pesakit hingga ke ubun-ubun (tempat roh keluar) dengan air zamzam yang sudah dibacakan dengan doa tersebut.

Kita juga disarankan amalkan doa tersebut supaya dijauhkan dari tidak sedarkan diri atau pengsan dalam apa jua keadaan, in sha Allah.

Doa tersebut adalah dari surah An-Nisa' ayat 164 iaitu

"Wakallamallahu musaa taklima".


Semoga kita mendapat manfaat dari perkongsian ini. Wallahua'lam.

Ajal dalam tidur

ANDAI AJAL DALAM TIDUR

*EMPAT PERKARA SEBELUM TIDUR WALAU SESIBUK MANAPUN DENGAN TUGAS HARIAN.*

Rasulullah berpesan kepada siti Aisyah ra.

“ Ya, Aisyah! Jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara yaitu:

1. Sebelum khatam al-Quran.
2. Sebelum menjadikan para nabi bersyafaat untukmu di hari kiamat.
3. Sebelum para muslimin meredhai engkau.
4. Sebelum engkau melaksanakan haji dan umrah".

Bertanya Siti Aisyah:

“Ya Rasulullah ! bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika? “
Rasulullah tersenyum dan bersabda:

1. “Jika engkau akan tidur,bacalah surah al –Ikhlas tiga kali
Seakan-akan engkau telah meng-khatamkan Al-Quran
” Bismillaahirrahmaa nirrahiim,
‘Qul huallaahu ahad’ Allaah hussamad’
lam yalid walam yuulad’
walam yakul lahuu kufuwan ahad’ ( 3x ) “

2. "Bacalah shalawat untukku dan untuk para nabi sebelum aku" maka kami semua akan memberimu syafaat di hari kiamat
“ Bismillaahirrahmaa nirrrahiim, Allaahumma shallii ‘alaa saiyyidina Muhammad wa’alaa aalii saiyyidina Muhammad ( 3x ) “

3. “Beristighfarlah” untuk para mukminin maka mereka akan meredhai engkau
“ Astaghfirullaah hal 'adziim al lazhii laa ilaaha illaa huwal hayyul qayyuum wa atuubu ilaih ( 3x )

4. Dan perbanyaklah “bertasbih, bertahmid , bertahlil dan bertakbir” maka seakan-akan engkau telah melaksanakan ibadah haji dan umrah
“ Bismillaahirrahmaa nirrrahiim
Subhanallaah Walhamdulillaah Walaa ilaaha illallaah hu wallah hu akbar "
( 3x )

Sampaikanlah kepada orang lain,
maka ini akan menjadi sedekah jariah pada setiap orang yang anda kirimkan pesan ini, dan apabila kemudian dia mengamalkannya, maka kamu juga akan ikut mendapat ganjaran pahalanya insha Allah...

Aamiin ya Allah..

Ya Allah, ampunilah dosaku, dosa ibu bapa ku, keluarga ku,saudaraku dan setiap orang yang meng-klik Suka, share & berkomentar "aamiin" dan jangan Engkau cabut nyawa kami saat tubuh kami tak pantas berada di SurgaMu. Aamiin...
.
Sobat sekarang anda memiliki dua pilihan ,
1. Membiarkan sedikit pengetahuan ini hanya dibaca disini
2. Membagikan pengetahuan ini kesemua teman facebookmu , insyallah bermanfaat dan akan menjadi pahala bagimu. Aamiin...

Boleh di share biar lebih bermanfaat buat orang banyak, kalo pelit di simpen sendiri juga gak apa apa 😃
Rasulullah S.A.W bersabda :"Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala." (HR. Al-Bukhari)

Semoga yg berkomentar Aamiin dijauhkan dari segala penyakit, diberi sehat wal'afiat, rezekinya melimpah ruah, dan keluarganya bahagia Dan bisa masuk Surga melalui pintu mana saja. Aamiin ya Rabbal'alamiin..

Teknik bagaimana untuk dapatkan LIKE di Facebook

Teknik Gerilla Bagaimana Nak Dapatkan Ratusan Like Di FB.

Kenapa penting sangat benda ni, ye la Di FB ni bila orang tengok banyak komen dan like Nya. Orang akan follow kita.

Langkah nak dapatkan ratusan like. Ikut 5 langkah ni.

1. Follow Seorang Idola Anda Di FB. Then Add Kawan Positif Yang Komen Di FB Mereka.

Penting benda ni sebab mereka adalah orang yang aktif berFB. Jadi bila anda anda mereka, anda akan dapat Circle yang Positif.

Sebelum add tu, like 7 status FB mereka dan komen atleast 3 Posting mereka. Ini untuk mereka Approve kita dan elert kehadiran kita di FB.

2. Jawab Komen Rakan FB Anda Yang Komen Di Posting Anda.

Ini pun penting, sebab mereka teruja bila anda reply. Buat ikut kemampuan. In Syaa Allah, mereka akan follow dan suka Komen Di FB anda.

3. Buat Contest Di FB.

Bila kawan positif anda dah add dan jadi rakan anda. Takkan nak biar sahaja. Buat la Contest supaya dia lebih Aktif.

Ingat "The More U Give The More U Get". Dalam Contest Ni anda memberi. In Syaa Akan banyak lagi yang datang.

Cuma contest anda kena bagi syarat la untuk pemenang. Cth : Kena share posting ni. Dan see first akaun saya.

4. Tinggalkan Jejak Anda Seberapa Banyak Mungkin Kepada Rakan-Rakan Positif anda.

Penting tinggal jejak ni, Kita hantar 7 like Dan 3 komen Di status terbaru mereka.

In Syaa Allah, mereka pun akan boom wall kita.

5. Seterusnya beri value melalui content-content bermanfaat di FB. Engagement anda akan meningkat dan orang akan TRUST pada anda. Seterusnya brand or diri anda akan dikenali...

Dapat sesuatu?

Jika manfaat sampai-sampaikan pada rakan-rakan anda untuk dapat manfaat bersama

Dream on chocolate

https://www.facebook.com/1484028074/posts/10219952141022249/?sfnsn=mo

4 TIPS ANAK SUSAH MAKAN NASI

😉Menghias makanan
Menghias makanan si kecil mengikut kreativiti masing-masing.
Lebih-lebih lagi bila anda menghias makanannya dengan watak kartun yang disukai atau memperbanyakkan warna menarik dalam pinggan anak. Pasti anak teruja.

😉Makan bersama-sama anak
Sebenarnya kalau nak tahu, apa yang ibu bapanya makan pasti anak akan perhati dan menjadi ikutan. Sebab itu, adalah sangat penting ibu bapa menunjukkan tabiat makan yang betul supaya anak dapat mengikutnya.
.
😉Jangan mendesak anak
Sudah menjadi lumrah ibu bapa untuk berikan nutrisi terbaik untuk anak. Kita mahu perkenalkan makanan sihat untuknya. Namun begitu, bukan mudah untuk si kecil terima makanan baru dengan mudah. Jika kita terus memamaksa anak akan rasa lebih tidak suka kepada makanan tersebut
.
😉Rutin tidak konsisten
Cuba tetapkan masa makan yang konsisten setiap hari. Pastikan anak fokus terhadap makanan tanpa gangguan televisyen atau gajet yang boleh mengalih tumpuannya ketika makan. Latih anak supaya habiskan makanan dalam masa 30 minit.

RAHSIA BESAR DIBALIK 10 MUHARRAM

**  **

Tahun baru Islam (1 Muharram) telah kita lewati bersama pada hari Minggu, 1 September 2019 dan tidak lama lagi akan kita jumpai hari paling bersejarah bagi seluruh makhluk (yaitu 10 Muharram).

Tanggal 10 Muharram tahun ini bertepatan dengan hari Selasa, tanggal 10 September 2019.

Dari Ibnu Abbas ra. berkata Rasulullah saw. bersabda: "Siapa yang berpuasa pada hari ‘Asyura (10 Muharram) maka Allah SWT akan memberi kepadanya pahala 10.000 malaikat dan sesiapa yang berpuasa pada hari ‘Asyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10.000 orang berhaji dan berumrah, dan 10.000 pahala orang mati syahid, dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah SWT akan menaikkan dengan setiap rambut satu derajat. Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari ‘Asyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh umat Rasulullah saw. yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka."

Lalu para sahabat bertanya : "Ya Rasulullah saw, adakah Allah telah melebihkan hari ‘Asyura dari pada hari-hari lain?" Maka berkata Rasulullah saw: " Ya, memang benar, Allah Ta’ala menjadikan langit dan bumi pada hari ‘Asyura, menjadikan laut pada hari ‘Asyura, menjadikan bukit-bukit pada hari ‘Asyura, menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa pada hari ‘Asyura, lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari ‘Asyura, dan Allah SWT menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari ‘Asyura, Allah SWT menenggelamkan Fir'aun pada hari ‘Asyura, menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s pada hari ‘Asyura, Allah SWT menerima taubat Nabi Adam pada hari ‘Asyura, Allah SWT mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari ‘Asyura, Allah SWT mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari ‘Asyura, dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Asyura!".

Dari hadits tersebut terdapat setidaknya 12 kejadian besar dibalik 10 Muharram.

Hadits lainnya:
Artinya: “Ia adalah hari mendaratnya kapal Nuh di atas gunung “Judi” lalu Nuh berpuasa pada hari itu sebagai wujud rasa syukur.” (Hadits Riwayat Ahmad)

Dalam kitab Irsyadul Ibad hal. 82 dikisahkan ada seorang Hakim kaya raya di kota Array. Pada hari Asyura datang Pengemis kepadanya dan berkata, “Demi kemuliaan hari ini, saya mohon agar tuan sudi memberikan 10 roti, 5 daging, dan uang 2 dirham untuk keluarga saya di rumah.”
Hakim pun berjanji akan memberikannya selepas zuhur. Namun hingga waktu asar, si Hakim tak kunjung memberikannya. Ia pulang dengan membawa kekecewaan.
Di tengah perjalanan, si Pengemis bertemu dengan seorang Nasrani. Pengemis itu pun mengatakan hal sama yang dikatakannya kepada Hakim tadi.
“Memang hari apa ini?” tanya si Nasrani. Lalu dijelaskanlah tentang keutamaan² hari Asyura oleh si Pengemis tadi.
Mengetahui keagungan hari Asyura, si Nasrani memberikan lebih dari apa yang si Pengemis minta; 10 qafizah gandum, 100 daging, dan 20 dirham.
Malam harinya, si Hakim tadi bermimpi melihat 2 istana megah yang dibangun dari emas dan dari yakut.
Ia lantas bertanya, “Istana siapakah ini?”
Di jawab, “Jika engkau memberikan sedikit hartamu saja untuk si Pengemis tadi ,nescaya istana ini menjadi milikmu, tetapi istana ini sekarang milik orang Nasrani.”
Ketika bangun, si Hakim bergegas ke rumah Nasrani tersebut .
Dihadapan si Nasrani, si Hakim brkata, “Juallah amal baikmu atas Pengemis tadi kepadaku. Akan ku beli dengan 100 dirham.”
“Wahai Hakim, amal yang diterima itu mahal. Meskipun dengan dunia dan isinya, aku tidak akan menjualnya,” terang si Nasrani.
“Tapi engkau bukan seorang Muslim!” heran si Hakim.
Ketika itu juga (pasca mengetahui mimpi si Hakim) si Nasrani itu pun mengucapkan dua kalimah syahadat.

Dalam kitab Kitab I’anatut Thalibin jilid 2, hal 302 disebutkan sebuah hadis sohih dari Abi Hurairah ra. bahwa Rasulullah saw telah bersabda :

"Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla telah mewajibkan kepada Bani Israil untuk berpuasa sehari dalam setahun, yaitu puasa ‘asyura’, dia adalah hari ke sepuluh pada bulan Muharam, maka berpuasalah kalian pada hari tersebut, dan luaskanlah atas kluarga kalian dalam hal nafkah pada hari tersebut, karna barang siapa yang meluaskan pada kluarganya dari hartanya, maka Allah akan meluaskan permintaan padanya pada tahun tersebut."

Abah Guru Sekumpul dalam pengajian beliau pernah menerangkan peristiwa-peristiwa yang terjadi pada hari Asyura' yaitu:

1. Allah Ta’ala telah menerima taubat Nabi Adam as. dan akhirnya Nabi Adam as. menjadi bersih.
2. Allah Ta’ala telah mengangkat Nabi Idris as. ke tempat yang tinggi (yaitu ke langit ke empat, pendapat lain ke surga dan Nabi Idris sampai sekarang masih hidup).
3. Allah Ta’ala telah mengeluarkan Nabi Nuh as. dari perahu. (ketika terjadi banjir topan selama enam bulan).
4. Allah Ta’ala telah menyelamatkan Nabi Ibrahim as. dari kobaran api. (ketika dibakar oleh Raja Namrudz).
5. Allah Ta’ala telah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa as.
6. Allah Ta’ala telah mengeluarkan Nabi Yusuf as. dari penjara.
7. Allah Ta’ala telah mengembalikan penglihatan kepada Nabi Ya’kub as. ayah Nabi Yusuf. (Nabi Ya’kub as. menjadi buta karena kebanyakan menangis, menangisi nasib Nabi Yusuf as. yang dimakan binatang buas di hutan menurut cerita saudara-saudaranya).
8. Allah Ta’ala telah menyembuhkan penyakit Nabi Ayub as. (sakit selama tujuh tahun, sampai diasingkan oleh masyarakat, istri-istrinyanya pun minta cerai kecuali istri yang nernama Rohmah).
9. Allah Ta’ala telah mengeluarkan Nabi Yunus as. dari perut ikan Hiu.(selama tiga hari tiga malam berada di perut ikan).
10. Allah Ta’ala telah membelah lautan untuk kaum Bani Israil. (dengan tongkat Nabi Musa as. yang akhirnya Raja Firaun juga mati tenggelam bersama bala tentaranya).
11. Allah Ta’ala telah mengampuni kesalahan Nabi Daud as. (para Nabi dan Rasul itu maksum, suci dari dosa. Kesalahan dalam ukuran mereka adalah melakukan ketidakpatutan menurut adab seorang Nabi).
12. Allah Ta’ala telah memberikan kerajaan kepada Nabi Sulaiman as. (waktu itu Nabi Sulaiman as. baru berusia 13 tahun, dan akhirnya Nabi Sulaiman as. menjadi manusia terkaya yang pernah ada di muka bumi ini).
13. Allah Ta’ala telah mengampuni kesalahan-kesalahan Nabi Muhammad saw. yang sudah terjadi maupun yang belum, (Rasulullah saw. dan para Rasul yang lain itu maksum artinya dijaga dari berbuat dosa. Maksud dari mengampuni kesalahan Rasulullah saw adalah Allah semakin menyucikan beliau saw dan menjauhkannya dari dosa)
14. Pada hari ‘asyura’ tersebut, adalah awal mula Allah Ta’ala menciptakan alam dunia ini.
15. Pada hari ‘asyura’ tersebut Allah Ta’ala telah menurunkan hujan dari langit untuk yang pertama kali.
16. Dan pada hari ‘asyura’ tersebut Allah Ta’ala juga telah menurunkan rahmat yang pertama ke muka bumi ini.

Artinya pada hari ‘asyura’ Allah Ta’ala telah menolong dan menyelamatkan para Rasul dan Nabi-Nya dari berbagai macam masalah yang dihadapinya. Atau dengan kata lain, bahwa pada hari ‘asyura’ ini adalah hari kemenangan bagi para kekasih Allah Ta’ala, karena itu kita dianjurkan untuk meningkatkan amal ibadah kita khususnya sedekah dan ibadah puasa sebagai ungkapan rasa syukur atas kemenangan terhadap para kekasih-Nya tersebut.

Mudah-mudahan berkat para Nabi dan Rasul, berkat wali-waliallah semoga kita semua pada hari ‘asyura’ nanti juga diberi oleh Allah Ta’ala ampunan dari segala dosa, kesembuhan dari segala penyakit,  pertolongan, kemenangan, keselamatan, keberhasilan, kesuksesan, ketenangan, dan kebahagiaan dunia dan akhirat.
ﺍﻣﻴﻦ ﺍﻣﻴﻦ ﺍﻣﻴﻦ ﻳﺎ ﺭﺏ ﺍﻟﻌﺎﻟﻤﻴﻦ...

JOM IKUTI KURSUS PERCUMA MDEC (EUSAHAWAN)


*TIADA BAYARAN. 100% PROGRAM SUBSIDI KERAJAAN: EUSAHAWAN 2019]*

_Terokai Dunia Perniagaan Digital bersama eUsahawan 2019_
*(REFER POSTER)*

Ya inilah program yg viral tu. Program yg sangat bagus yg telah mencipta ribuan kisah kejayaan

*Rebut peluang ini jika anda menepati syarat dibawah:*

1. Warganegara Malaysia
2. Berumur 18 tahun keatas
3. Belum pernah hadir program eUsahawan

Program *eUsahawan* yg telah melahirkan puluhan ribu usahawan online  seluruh Malaysia kembali utk sesi *2019*

Program ini adalah inisiatif kerajaan utk membuka peluang kpd sesiapa yg ingin menjana pendapatan melalui online

*Apa yg bakal anda pelajar?*

🌐 Search Engine Optimization (SEO). Google My Business, Google Trends

🌐 Facebook. Facebook page. Facebook Ads. Facebook Messenger

🌐 WhatsApp. WhatsApp  for Business

🌐 Copywriting. Struktur Copywriting. AIDCA

===========================
*ADA 11 PILIHAN TARIKH (REFER POSTER)*
===========================
YURAN: ~RM 80~ *TIADA BAYARAN* _Sepenuhnya subsidi kerajaan_

Masa: 8.30 am - 5.00 pm

_*(1st come 1st serve basis applied)*_

*Klik link* dibawah utk daftar:

coachsyahril.com/?id=IdaMZPT

atau pertanyaan melalui whatsapp
https://bit.ly/2lMzOgM

Tempat terhad
_(1st come 1st serve basis)_

#eUsahawan2019

7 Tanda dan Gejala Multiple Sclerosis yang Harus Diwaspadai Sejak Awal

Oleh Adelia Marista Safitri  

Informasi kesehatan ini sudah direview dan diedit oleh: dr. Yusra Firdaus - Dokter Umum

Mengidap penyakit multiple sclerosis (MS) bererti tubuh mengalami masalah pada sistem kekebalan tubuh yang menyerang sel-sel saraf pusat, terutama di bagian otak, sumsum tulang belakang, dan saraf mata. Penyakit ini memiliki gejala yang bermacam-macam sehingga seseorang sering kali tidak sedar terkena penyakit ini. Ada yang mengalami satu gejala, kemudian berbulan-bulan atau bahkan bertahun-tahun setelahnya timbul gejala yang berbeza. Satu kajian menyatakan, dari awal munculnya gejala sampai dengan diagnosis multiple sclerosis memerlukan waktu tujuh tahun lamanya. Jadi, apa gejala multiple sclerosis itu?

Tanda dan gejala multiple sclerosis

1. Gangguan penglihatan

Bila Anda mengalami mata penat setelah terlalu lama menatap layar komputer, ia biasa berlaku. Akan tetapi, jika penglihatan cenderung meredup, buram, menimbulkan penglihatan ganda, bahkan sampai kehilangan penglihatan, terutama hanya pada satu mata, maka kondisi ini disebut dengan neuritis optik.

Neuritis optik merupakan satu gejala umum multiple sclerosis yang menyebabkan radang saraf mata. Penderita cenderung merasakan sakit saat menggerakkan bola mata atau penurunan penglihatan pada warna-warna yang mencolok. Contohnya, warna merah akan terlihat lebih pudar dan kusam menjadi merah keabu-abuan. Meski demikian, neuritis optik tidak selalu dikaitkan dengan multiple sclerosis karena bisa juga disebabkan oleh infeksi, kekurangan vitamin, atau penyakit autoimun lannya.

2. Masalah keseimbangan dan sakit kepala

Salah satu gejala awal multiple sclerosis adalah vertigo atau sakit kepala hebat yang membuat kepala terasa berputar-putar. Penderita merasa seperti sedang berada di dalam suatu ruangan yang bergerak atau sedang berada di dalam kapal yang berayun, akibatnya timbul mual, muntah, hingga tidak mampu untuk bergerak atau berpindah tempat.

Serangan vertigo atau pusing memang tidak selalu dikaitkan dengan multiple sclerosis. Kemungkinan bisa juga disebabkan karena adanya masalah pada telinga bagian dalam, anemia, gula darah rendah, hipotensi, atau konsumsi obat-obatan tertentu. Maka, tanyakan pada dokter untuk mengetahui penyebab pastinya.

3. Kelelahan kronis

Waspadalah saat Anda merasakan kelelahan yang cenderung parah dan tidak kunjung mereda hingga berminggu-minggu. Pasalnya, ini bisa menjadi salah satu gejala multiple sclerosis yang sedang menggerogoti saraf tulang belakang Anda. Rasa lelah yang kronis membuat penderita akan merasa kesulitan untuk melakukan berbagai hal, bahkan aktivitas yang paling sederhana sekalipun.

Gejala kelelahan kronis juga bisa disebabkan karena komplikasi tiroid, kekurangan vitamin, anemia, dan kondisi medis serius lainnya. Jadi, jangan anggap enteng jika Anda merasakan hal ini secara terus-menerus dan segeralah kunjungi dokter untuk penanganan lebih lanjut.

4. Kesemutan dan mati rasa

Kesemutan dan mati rasa yang dirasakan selama berhari-hari merupakan gejala awal multiple sclerosis yang perlu diwaspadai. Hal ini merupakan pertanda bahwa sistem saraf pusat di otak dan sumsum tulang belakang mulai mengalami kerusakan sehingga otak tidak mampu untuk mengirimkan sinyal pergerakan ke bagian tubuh lainnya.

Bagian tubuh yang mengalami kesemutan biasanya dirasakan pada wajah, lengan, tangan, dan kaki sehingga penderita menjadi sulit untuk berjalan. Beberapa di antaranya merasakan sensasi air yang menetes di sekujur tubuh atau seperti ada serangga yang sedang merangkak di kulit mereka.

5. Penurunan fungsi kandung kemih dan usus

Penurunan fungsi kandung kemih merupakan salah satu gejala yang terjadi pada 80 persen penderita multiple sclerosis. Menurut Kathleen Costello, seorang praktisi perawat dan wakil bidan akses kesehatan di National Multiple Sclerosis Society, banyak penderita yang mengeluh mereka lebih sering bolak-balik ke kamar mandi karena tidak mampu menahan kencing (inkontinensia urine), terutama di malam hari.

Beberapa penderita juga memiliki masalah dengan fungsi ususnya, di antaranya mengalami konstipasi, diare, dan pergerakan usus yang tidak terkendali.

6. Masalah kognitif dan emosional

Dilansir dari WebMD, setengah dari penderita multiple sclerosis mengembangkan beberapa masalah kognitif, di antaranya masalah daya ingat, masalah bahasa, gangguan tidur, gangguan daya ingat, kesulitan multitasking, dan masalah konsentrasi atau memusatkan perhatian. Hal ini disebabkan karena sistem saraf di otak mengalami gangguan sehingga membuat penderita menjadi sulit mengendalikan dirinya untuk menjalankan fungsi tubuh secara teratur.

Ketika mencapai gejala secara emosional, penderita multiple sclerosis cenderung menjadi mudah tersinggung, depresi, dan perubahan suasana hati secara drastis sehingga dapat menangis atau tertawa secara tiba-tiba.

7. Otot kaku dan kejang

Menurut National Multiple Sclerosis Society, setengah dari orang yang didiagnosis dengan multiple sclerosis mengalami rasa sakit kronis yang disertai dengan kejang, kelemahan anggota tubuh, dan otot kaku. Rasa kaku paling umum terjadi pada bagian otot kaki karena menjadi bagian yang menumpu beban tubuh secara keseluruhan.

Bila Anda mengalami salah satu atau lebih gejala multiple sclerosis di atas, segera konsultasikan pada dokter. Dokter kemungkinan akan melakukan sejumlah tes untuk memastikan gejala yang dirasakan, di antaranya:

Pemeriksaan darah untuk melihat kemungkinan munculnya masalah lain dengan gejala yang mirip dengan multiple sclerosis, seperti penyakit lyme.

Pemeriksaan untuk mengukur kecepatan sinyal pada saraf tubuh.

Pemeriksaan MRI untuk melihat area kerusakan pada organ otak.

Pemeriksaan pada tulang belakang untuk memeriksa kondisi cairan yang mengalir di otak dan sumsum tulang belakang.

BmF Senarai Produk Muslim diaplikasi

YESS!!

Dah ada app yang sahabat kita tolong buatkan. Mulianya usahamu. Mari kita doakan kebahagiaan sahabat kita yang buatkan app ni Tuan @Mohd Amir Md Razain.

Ada banyak kategori dan boleh ditambah lagi jenama2 baru dan produk2 baru usaha Muslim.

Boleh download di google store. Kalau cari tak jumpa sebab masih baru, boleh klik link di bawah. Selamat mencuba. Ayuh kita sebarkan dan #Share

https://play.google.com/store/apps/details?id=com.andromo.dev887726.app1014384

#SupportProdukMuslim
#BuyMuslimFirst
#BMF

13 Tip Lebatkan Petunia Walaupun Dalam Cuaca Panas

Ramai yang suka tanam petunia. Tanaman ini antara yang wajib terutamanya bagi anda yang buat taman berkonsepkan English.. Bunganya yang pelbagai warna menjadikan laman anda bertambah ceria. Namun ramai yang beranggapan, tanaman ini hanya boleh hidup satu kali pusingan saja atau annual plant. Apabila bunga nya sudah habis. ia harus diganti dengan yang baru.


Sebenarnya ada rahsia atau tip untuk pastikan petunia hidup dan tahan lebih lama. Tip nya tidak lah susah menurut perkongsian seorang wanita di facebook nya yang diberi nama Sal Din. Nak tahu macam mana, jom baca artikel yang telah dikongsikan oleh Sal Din.

Di Malaysia juga sebenarnya boleh dibuat landskap berbunga seperti yang terdapat di luar negara kalau kena caranya. Buktinya dibawah ini bagaimana bunga petunia boleh tahan dalam cuaca panas.


1. Petunia kalau nak letak di luar, elok diletak dalam pasu tembikar. Pasu itu sejuk sebab ada mineral.


2. Jika petunia layu, itu selalunya ada masalah dengan campuran tanah atau tanah sudah sikit disebabkan akar lebih.


3. Tips beli petunia ialah elakkan beli yang daunnya lebar, bunga lebar dan batang yang agak besar. Especially yang jenis berlapis memang tidak sesuai sangat letak di tengah panas dan  mudah lecur apabila kena hujan. Cari yang bunganya sederhana saja, contoh macam saya punya itu, memang tahan lama. perasan tak daunnya macam tak nampak sangat, kecik saja.


4. Tanah pula, sebaiknya lepas beli patunia terus tukar pasu. Utamakan pasu tembikar agar pokok lebih segar. Instead of gantung, letak atas tempat tinggi, ia akan berjurai.

5. Lepas tukar pasu terus letak tempat tidak berbumbung biar tahan panas dan hujan.


6. Tanah pula guna campuran 2 tanah baja + 1 tanah merah bakar atau bukan tanah bakar pun boleh.


7. Letak baja organik siap-siap dalam pasu itu. Kemudian siram dan biarkan baja organik dan tanah itu bergabung. Tanah akan sentiasa subur.


8. Petunia perlukan penyiraman 2 kali sehari, awal pagi dan lewat petang.

9. Beli siap-siap baja foliar pink dan hijau, spray setiap minggu


10. Untuk bunga, lebihkan spray foliar pink, untuk daun foliar hijau.


11. Siapa yang ada bajet lebih sikit beli juga baja slow release Osmocote ini. Baja ini tahan 6 bulan dalam pasu. Saya campurkan sekali masa mula-mula tukar tanah. Ia baik untuk petunia dan pokok berbunga yang lain. Biasanya nursery yang jual petunia ada jual baja ini.


12. Kalau nak bunga petunia ini tahan lama, buang bahagian batang dan daun yang  kelihatan lecur atau terlebih basah. JIka bahagian tersebut dibiarkan, ia akan melarat pada bahagian lain.

13. Kudup-kudup yang dah kuncup, basah dan layu itu kena buang juga. Jika tidak ia akan berkulat dan memberi ancaman kepada tanaman seperti jangkitan kulat terutamanya pada kudup baru dan batang.


Cara Membedakan Stres, Depresi, dan Gangguan Kecemasan



Oleh Ajeng Quamila  Informasi kesehatan ini sudah direview dan diedit oleh: dr. Yusra Firdaus - Dokter Umum



Hampir setiap orang pernah mengalami stres. Entah itu karena kerjaan kantor yang mepetdeadline, konflik keluarga atau pasangan, hingga hal yang sepele seperti stres menghadapi macetnya jalanan ibukota. Rasa takut, waswas, dan kecemasan yang mencekik akibat stres ini bisa menyengsarakan dan terasa seperti takkan ada habisnya.

Di sinilah Anda harus mulai berhati-hati. Stres berat yang makin menjadi dan tidak segera ditangani dapat berujung pada sejumlah gangguan kejiwaan kronis, seperti depresi dan gangguan kecemasan. Dan jika gangguan kronis ini tidak ditangani dengan baik, keduanya bisa sangat merusak kualitas hidup Anda. Penting bagi Anda untuk dapat mengenali perbedaan antara stres, gangguan kecemasan, dan depresi agar bisa mendapatkan bantuan yang tepat sebelum terlambat.


Apa itu stres?


Stres adalah bentuk reaksi pertahanan diri ketika Anda berada dalam situasi yang penuh tekanan. Meski tidak disukai, stres sebenarnya merupakan bagian dari insting primitif manusia untuk menjaga kita tetap aman dan hidup.

Begitu Anda dihadapkan dengan situasi pemicu stres, misalnya saja presentasi proyek kerjaan minggu depan, tubuh merasakan hal tersebut sebagai bahaya atau ancaman. Untuk melindungi Anda, otak akan mulai memproduksi sejumlah hormon dan senyawa kimia seperti adrenalin, kortisol, dan norepinefrin yang memicu reaksi “fight or flight” dalam tubuh.

Kadangkala, stres dapat memberikan dorongan energi dan peningkatan konsentrasi supaya Anda bisa merespon sumber tekanan secara efektif. Namun lebih seringnya, stres justru membuat otak membanjiri tubuh dengan ketiga hormon tersebut sehingga Anda jadi terus-menerus merasa kalut, cemas, dan gelisah. Di saat yang bersamaan, darah akan difokuskan mengalir ke bagian-bagian tubuh yang berguna untuk merespon secara fisik seperti kaki dan tangan sehingga fungsi otak menurun. Ini sebabnya banyak orang yang sulit berpikir jernih saat dihantui stres.


Apa itu gangguan kecemasan?


Setiap orang pasti pernah mengalami stres dan cemas paling tidak sekali seumur hidup. Bedanya, stres adalah respon tubuh terhadap ancaman dalam situasi acak yang bisa membahayakan Anda. Kecemasan adalah reaksi Anda terhadap stres.

Familiar dengan sensasi perut mulas, kepala pening, jantung deg-degan, napas terburu-buru, dan keringat dingin saat Anda diliputi kekhawatiran sebelum berbicara di depan umum, misalnya, atau menunggu dipanggil wawancara kerja? Ini adalah beberapa pertanda bahwa Anda sedang stres dan/atau cemas. Biasanya rentetan gejala ini akan segera reda begitu Anda merasa lega atau menyelesaikan tugas Anda. Artinya tingkat tekanan psikologis yang Anda terima masih cukup “sehat”sehingga Anda masih mampu menangani situasi tersebut dengan tepat.

Cemas menjadi gangguan psikologis kronis ketika Anda terus-terusan dilanda ketakutan tidak masuk akal atau ketakutan dari segala macam hal yang Anda anggap sebagai ancaman besar, padahal tidak menimbulkan bahaya nyata. Kecemasan adalah gangguan kejiwaan yang diakui oleh dunia medis. Gangguan kecemasanadalah kondisi yang dapat didiagnosis oleh dokter berdasarkan kumpulan gejala yang Anda rasakan secara berkelanjutan.

Hidup dengan gangguan kecemasan membuat Anda tetap terus mengalami stres bahkan setelah peristiwa mengancam itu sudah lama Anda lewati. Dan bahkan ketika Anda tidak dipertemukan dengan pemicu stres apapun, kecemasan itu tetap akan selalu ada di bawah alam sadar — menghantui Anda dengan kegelisahan tanpa henti sepanjang hari. Gangguan kecemasan bisa Anda alami setiap hari dengan penampakan gejala yang amat jelas, seperti fobia sosial, atau datang tiba-tiba tanpa alasan seperti serangan panik atau serangan kecemasan. Ini artinya, gangguan kecemasan tidak harus muncul ke permukaan sebagai tanggapan dari pengalaman/situasi tertentu.


Apa itu depresi?


Depresi adalah sebuah penyakit mental yang ditandai dengan memburuknya suasana hati, perasaan, stamina, selera makan, pola tidur, dan tingkat konsentrasi penderitanya. Depresi bukan tanda kelemahan atau cacat karakter. Depresi juga tidak bisa disamakan dengan perasaan sedih atau berduka, yang biasanya akan membaik seiring waktu — walau pada beberapa kasus, depresi bisa dipicu oleh rasa berduka atau stres berat yang berkelanjutan.

Stres dan depresi memengaruhi Anda dengan cara yang sama, tetapi gejala depresi jauh lebih intens dan mewalahkan, dan setidaknya berlangsung selama dua minggu atau lebih. Depresi menyebabkan perubahan drastis dari suasana hati hebat sehingga menimbulkan rasa keputusasaan, nelangsa, dan bahkan ketidakinginan untuk melanjutkan hidup. Depresi adalah salah satu penyakit mental yang paling umum terjadi di masyarakat saat ini, dan diperkirakan bahwa satu dari lima orang di dunia dapat mengalami depresi pada tahap tertentu dalam hidup mereka.


Lantas, apa yang membedakan stress, depresi, dan gangguan kecemasan?


Meskipun ada beberapa karakteristik yang tumpang tindih antara stres, depresi, dan gangguan kecemasan, namun ketiga gejolak emosi ini datang dari tempat yang sangat berbeda. Stres yang kita alami dalam kehidupan sehari-hari berhubungan dengan rasa frustrasi dan kewalahan, sementara gangguan kecemasan dan depresi bisa berakar dari kekhawatiran, ketakutan, dan keputusasaan yang tidak memiliki penyebab pasti — meski mungkin dipicu oleh banyak faktor, termasuk genetika, biologi dan kimia otak, trauma hidup, hingga stres kronis yang berkelanjutan. Perbedaan utama antara ketiganya adalah rasa tak berdaya.

Ketika dilanda stres dan cemas, Anda tahu pasti apa yang sedang Anda hadapi, yaitu tantangan hidup yang Anda temui sehari-hari (walau terjadi secara acak) — deadline kerjaan, tagihan keuangan, urusan rumah tangga, dll. Namun kadang, apa yang membuat Anda stres juga bisa berasal dari dalam diri, dipicu oleh imajinasi yang terlalu aktif atau sedang tidak berpikir jernih. Stres dan cemas akan hilang ketika Anda membuat prioritas dan menanganinya satu per satu. Pada akhirnya, Anda bisa menemukan jalan keluar dari setiap masalah dan kembali bangkit menjalani hari.

Sementara itu, hidup dengan gangguan kecemasan atau depresi membuat Anda tidak berdaya untuk mengetahui apa yang menjadi kekhawatiran Anda, sehingga reaksinyalah yang menjadi masalah. Kedua gangguan psikologis ini terjadi terus menerus tanpa harus menanggapi pengalaman atau situasi tertentu, dan cenderung bertahan lama (seringnya hingga bulanan bahkan tahunan). Keduanya dapat sangat membatasi fungsi Anda sebagai manusia. Anda mungkin merasa lelah terus-menerus dan kehilangan motivasi/semangat untuk beraktivitas seperti bekerja, makan, bersosialisasi, belajar, atau berkendara layaknya orang lain.

Ketiganya merupakan gangguan psikologis yang perlu ditangani. Tidak hanya memengaruhi kesehatan mental, tapi juga bisa memengaruhi kesehatan fisik Anda dalam jangka panjang. Namun, depresi dan gangguan kecemasan bukanlah sesuatu yang bisa Anda sembuhkan sendiri, jadi penting untuk mendapatkan bantuan medis sesegera mungkin. Untungnya, ada beragam pilihan pengobatan yang tersedia untuk mengelola gejala masing-masing.

ORDER HERE

Name:
Email:
Contact No:
Shipping Address:
Shipping Mentod: Courier
Poslaju
Item n Code:
Payment Mentod: MBB 5 63055 22145 4 (NUREZ LITTLE CLOSET)
CIMB 13080000229109 (NUREZ LITTLE CLOSET)
I'm New Customers
Followers
Return Customers

KLIK DISINI UNTUK BELI RETAIL

MIX WHOLESALE ORDER FORM

Name:
Email:
Contact No:
Shipping Address:
Shipping Mentod: Courier
Poslaju
ITEM:
Payment Mentod: MBB 5 63055 22145 4 (NUREZ LITTLE CLOSET)
CIMB 13080000229109 (NUREZ LITTLE CLOSET)
SIZE CHOICE: 6 atau 5 sizes: 3 pilihan pertama
3 pilihan terakhir
I'm New Customers
Followers
Return Customers

KLIK DISINI UNTUK BELI RETAIL

Since I dont have much time, please read the Terms & Condition before buying from this blog..ni dah konfem, dah dpt invoice, diam cam tu je.Kalau tak jadi tak pe, just inform me!! at least bgtau sepatah dua, xde la delay kerja saya dek kerana..backout buyer..

PROMO MENARIK..KLIK UNTUK KETAHUI LEBIH LANJUT..