promo menarik..klik utk ketahui lebih lanjut

SELAMAT DATANG

Please do not hesitate to email me again if your email has not been replied within 24 hours

MIX WHOLESALE OFFER. KINDLY EMAIL to on9shop2u@yahoo.com FOR DETAIL/TERM N CONDITION . TQ

MIX & MATCH

Please review the following wholesale buying policy here : http://garagesaleon9.blogspot.com/search/label/MIX%20WHOLESALE

FARAID : Adakah Anak Saudara Simati itu Waris?

π˜Όπ™‰π˜Όπ™† π™Žπ˜Όπ™π˜Ώπ˜Όπ™π˜Ό π™Žπ˜Όπ™ƒπ˜Όπ™…π˜Ό 𝘼𝘿𝘼
Apakah dia waris.

Soalan:
Ustaz! Simati ni tak ada sapa-sapa dah. Suami, anak, ayah, mak, adik beradik semua tak ada. Kalau ada pun, mati dulu belaka. Cuma ada seorang anak saudara sahaja. Waris ke tidak tu?

Jawapan:
Ada beberapa step perlu dipastikan sebelum menjawab.

1. Anak saudara tu lelaki ke perempuan?
Kalau perempuan, maka tutup cerita sebab anak saudara perempuan bukan waris. Kalau lelaki, pergi ke step 2.

2. Anak saudara lelaki tu dari adik beradik lelaki ke adik beradik perempuan?
Kalau dari adik beradik perempuan, pun tutup kes juga sebab dia bukan waris. Kalau dari adik beradik lelaki, maka pergi ke step 3.

3. Adik beradik lelaki tadi tu seibu sebapa, atau sebapa atau seibu dengan simati?
Kalau seibu dengan simati, maka tutup buku sebab anak2 adik beradik seibu bukan waris. Kalau seibu sebapa atau sebapa dengan simati, maka itulah waris simati dan layak mewarisi Asobah Binnafsi.

Jadi jawapannya, anak saudara tadi, jika dia anak saudara lelaki, dari adik beradik lelaki seibu sebapa atau sebapa dengan simati maka dia adalah WARIS ASOBAH. WA

π™π™Žπ™π˜Όπ™• π™ˆπ™Šπ™ƒπ˜Ώ π™†π™ƒπ™π™Žπ˜Όπ™„π™π™„ π˜½π™„π™‰ π™Žπ˜Όπ™‡π™€π™ƒ, π˜Ώπ™„π™
π˜Ώπ™–π™žπ™š 𝙄𝙑𝙒π™ͺ π™π™–π™§π™–π™žπ™™π™
π™‹π™šπ™§π™ͺπ™£π™™π™žπ™£π™œ π˜½π™šπ™—π™–π™¨ 𝙃𝙖𝙧𝙩𝙖 𝙋π™ͺ𝙨𝙖𝙠𝙖

SHOPEE. sisi menyeramkan PART 3- Kredit Al Irfan Jani

Tadi aku dihubungi Mr. Esten, pegawai dari Shopee KL, mengenai posting aku yang viral tu.

Banyak yang kami bualkan, bertukar-tukar idea, status terkini, dan penambahbaikan dari pihak Shopee.

1. Pihak Shopee minta maaf admin chat bagi jawapan macam tu. Katanya, isu ni jatuh ke kategori technical issue, bukan general feedback/complaint. Jadi, ia dalam tindakan mereka sekarang ni.
 
2. Menurut beliau, walau kes account takeover via phone number ni jarang berlaku, tapi mereka tetap ambil serius tentang keselamatan data pengguna.

3. Jadi, sejak hari post aku viral tu, malam tu juga team developer Shopee ada buat ubahsuai terhadap sistem. Dan proses tambahbaik ni akan berterusan dari semasa ke semasa. Meeting, develop, meeting lagi, develop.

4. Setakat ni, tadi aku cuba login via sms (by recycled number), aku dapati semua detail dah kosong. Takde dah chat history, sejarah pembelian, dan profile data. Baki ShopeePay pun dah zero. Wow. Aku dah boleh edit username. Yeay.

5. Lepas ni, Shopee akan upgrade lagi authentication process semasa bertukar nombor, dan permohonan akaun baru. Workflow untuk login by sms ni pun akan dinaiktaraf lagi dalam waktu terdekat ni.

6. Oh ya. Pasal gambar MyKad (half blur) dan gambar owner asal tu, menurut Shopee, itu memang gambar sampel, bukan gambar sebenar. Tapi mungkin tak ada perkataan SAMPLE, kang muka orang yang jadi model tu pulak disalahguna. Nanti diorang upgrade lagi benda ni.
 
7. Ada jugak aku cadangkan 1 feature dipanggil Shop name, supaya kita dapat bezakan antara nama kedai dan nama pemilik. Takdelah Shopee seller susah-susah nak cari nombor baru lagi. (Tapi lagi baik pakai nombor alternatif lah). Ha, tu nantilah depa putuskan macam mana. Shopee Business Account pun dah mula lama, jadi kita tunggulah nanti ada berita baik.

8. Pesan aku, korang nak bayar bil atau credit card settlement via Shopee ke, hati-hatilah handover maklumat diri. Korang berurusan dengan 3rd party individual tau. Jangan sebab nak diskaun RM2 punya pasal, sanggup gadai keselamatan diri dan keluarga. Pihak Shopee pun dah warning dalam CHAT kan, jangan bagi info rahsia kecuali apa yang dah tertera di profil aje. Ni sampai no kad kredit lah, nombor MyKad, semua kau serah leher.
 
9. Alhamdulillah, kes ini dah dikira selesailah ya.

Harap korang sebarkan info ini juga, supaya kita rakyat Malaysia tidak takut berbelanja online. 

Aku pun meniaga online juga. Aku nak lebih ramai orang yang tak pernah shopping online, untuk cuba juga walau sekali. Kalau ada isu, jangan takut suarakan, ya guys.

Jualbeli Online di Malaysia, MAJU!!!

Posting isu asal: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10164065789505055&id=739765054

SHOPEE sisi menyeramkan PART 2 -Kredit Al Irfan Jani

Sejak tulisan aku pasal Bahaya Shopping Online dan Risiko Nombor Recycle semalam viral, aku murung. Seharian tak ada mood nak buat apa.

Sebabnya,

1. Aku kecewa dengan respon Shopee yang berlepas tangan, admin support anggap ia adalah tanggungjawab pengguna itu sendiri. Padahal, yang aku usulkan adalah idea nak perbaiki kelemahan SOP dalam data security. Paling tidak, kau forward lah ke atasan cadangan aku tu. Adui.

2. Sistem aduan Jabatan Perlindungan Data Peribadi (PDP) di website tak kompeten. Tak boleh upload screenshot sebab 'fakepath' error. Aku mesej FB diorang pun, seen je pagi tadi. Aku harap kalau admin dia baca ni, bolehlah reply mesej aku.

3. Aku tak rasa ni isu pelanggaran Akta Data Peribadi. Ni lebih kepada SOP perlindungan data peribadi yang SAMBIL LEWA. Jadi, aku nak hala ke SKMM, puas cari kategori aduan berkaitan, semua takde kaitan. Dahlah aduan SKMM aku pasal telco sejak 18 Ogos haritu takde respon.

4. Yang paling murung, aku baru jumpa beberapa possibility (aku bukan ethical hacker bergaji pun), untuk dapatkan gambar kad pengenalan, DAN gambar pemilik akaun Shopee yang aku take over semalam. HIGH DEFINITION. Gambar IC tu memang blur, tapi dah alamat dan no IC dia aku dah tau kan. Senang sangat nak photoshop kalau aku ni jahat. 

Kau agak, seorang perompak boleh buat apa dengan dua benda ni? Simple. Siap perompak boleh buat loan lagi.

Kau pun tahu ni zaman FaceApp, selebriti-face-app, teknologi wajah ni semua. Sesenang aje nak blackmail.

Semalam aku dah share semua info card credit, astro, tnb, unifi semua dalam tangan aku. So? Amacam? Seram tak?

5. Last. Aku tak suka jadi hero, sebab aku dah penat. Sebelum ni aku turun naik court, sebab pihak yang aku goncang tu nak saman aku. Aku kena keluar kos sendiri hadap ni semua. Siap kena maki dengan orang berkepentingan lagi. Pahit getir semua tanggung sendiri. 

(Sejak 2016 aku aktif berkempen pasal pro-consumerism, tapi aku stop kejap sebab alasan kat atas ni.)

6. Kau tengok screenshot prosedur aku nak kena lalui lepas ni. Tribunal pebenda semua. Kau ingat aku takde kerja lain ke? Sesedap je korang cakap ini kerja fardu kifayah lah apa. Aku insan terpilih lah, dapat pahala lah, tanggungjawab aku lah apa. Cuba kena kat batang hidung kau yang cakap tu. Entah-entah, kau pun dediam je setel tepi.

7. Shopee, kau kena bayar aku. Kau anggaplah aku sebagai freelance consultant. Banyak lagi benda aku nak tunjuk ni.

8. Aku anggap, dengan pendedahan aku semalam, amanah aku dah selesai k. Aku nak cuci tangan.

Siapa belum baca post aku semalam, ni ha link dia, https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10164065789505055&id=739765054

UPDATE 8SEPT:  πŸ‘‡https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10164074399775055&id=739765054

SHOPEE . Sisi menyeramkan PART 1 -Kredit Al Irfan Jufri

GILA AH. Sesiapa yang berniat nak tukar nombor fon baru, pastikan nombor fon lama dalam akaun Shopee/Lazada/dll pun ditukar sekali.

Tadi, aku guna nombor simkad baru (recycled number), untuk login Shopee. Terperanjat, tertera semua sejarah pembelian owner asal akaun tu. ShopeePay dia balance 3 sen, aku dah pening nak diapakan 3 sen ni. Dapat kat tangan yang salah, RM30 pun sedap dikebas.

Chat History, semua telanjang abes. Entah-entah password pun ada kat situ.

Siap dapat tengok nombor akaun bank, nama penuh, termasuk shopping notes. (UPDATE: Aku korek-korek, siap jumpa semua nombor akaun bil air, bil elektrik, bil astro, bil unifi semua). Alamat penuh, jangan cakaplah, siap ada landmark lagi. Owner asal siap bayar bil kad kredit pakai Shopee tu, semua info ada. No kad kredit, expiry, nama atas kad, dll.

Dia ni, nak jimat RM2 punya pasal, sanggup cari diskaun kat Shopee untuk setelkan bil bulanan RM90 dia. Nasib aku tak terliur sangat dengan offer bayar bil online pada 3rd party individual.

Kalau awak pernah kongsi password/PIN dalam chat di platform lain, lagilah naya.

Sekarang ni, aku dah risau, kat mana je tempat paling selamat nak bayar bil online.

Orang nak curi identiti, tak payah takeover email, dapat akaun shopping aje cukup.

Isunya sekarang, kalau harini awak meninggal, siapa yang nak uruskan semua ni? Tau-tau pasangan awak tak dapat Faraid sebab akaun bank si mati dah zero, atau rumah kena rompak. Yelah, beli benda-benda mahal, orang tau je kaya ke idok.

UPDATED: Aku dah chat dengan admin. Paling koman dia cadang pun, account deletion, langkahnya di link ini: https://help.shopee.com.my/my/s/article/How-do-I-delete-my-Shopee-account-1542971798614

Nampaknya Shopee tak serius dalam hal ehwal perlindungan data peribadi. Not only purchase history, all the data including Chat History etc should be cleared as soon as the account is takeover.

Next, ke MCMC.

UPDATE 7SEPT:  πŸ‘‡https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10164070309965055&id=739765054

UPDATE 8SEPT:  πŸ‘‡https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10164074399775055&id=739765054

8000 Tin Susu Formula Diperlukan Segera, Untuk Bantu Anak Saudara Kita di Yaman Yang Kekeringan Susu


8000 Tin Susu Formula Diperlukan Segera, Untuk Bantu Anak Saudara Kita di Yaman Yang Kekeringan Susu

YAMAN DALAM DARURAT

Tahukah anda, menurut UNICEF, 400,000 kanak-kanak bawah 5 tahun menghadapi SEVERE ACUTE MALNUTRITION (SAM) dan 30,000 kanak-kanak bawah 5 tahun MATI setiap tahun disebabkan kekurangan zat.

Bayangkan tuan puan, pada umur yang begitu muda, anak-anak di Yaman terpaksa kebuluran atas keadaan mereka yang darurat.

Di mana ibu mereka? 

Ibu mereka ada. Cuma mereka tak mampu tuan puan. Susu badan si ibu kering kerana sudah lama tidak menjamah makanan.

Bila ada rezeki bantuan sampai, dapatlah mereka bekalan makanan, jika tidak ada, maka air hujan itulah diteguk untuk meneruskan hidup.

ANAK YAMAN TERLALU KURUS, NAMPAK RANGKA TULANG

Kami rasa berdosa tuan puan. Anak kita di Malaysia sihat walafiat, cukup makan minum.

Tetapi anak-anak di Yaman, saudara Muslim kita di sana menderita sakit.

 

Ada yang terlalu kurus sehingga nampak tulang rusuk.
 
Ada yang terbantut menyebabkan tubuh mereka sangat kecil dari usia mereka.
 
Ada juga yg tak mampu bertahan dan berakhir dengan kematian dek kebuluran.

Apa kita nak jawab di hari penghitungan kelak jika Allah tanya ke mana kita belanjakan harta kita?

Berapa banyak saudara Muslim yang susah kita dah bantu? Allahu…

BEKALAN SUSU FORMULA BUAT KANAK-KANAK YAMAN DIPERLUKAN

Atas tanggungjawab sesama Muslim, inisiatif bantuan bekalan susu formula buat kanak-kanak di Yaman bersama MyFundAction dilancarkan!

Kami sasarkan seramai 500 kanak-kanak akan menerima bantuan nutrisi susu formula ini selama 2 bulan.

+ 1 kanak-kanak = 8 tin susu sebulan

+ Satu tin susu RM 35 x 8 tin = RM 280

Ini bermakna 8000 tin susu dengan anggaran kos RM280,000 diperlukan sepanjang 2 bulan ini.

InsyaAllah selepas dua bulan, kami akan melihat perkembangan kesihatan anak-anak yang menerima susu bantuan ini untuk  menyediakan keperluan nutrisi susulan buat mereka.

KE MANA SUSU FORMULA INI AKAN DIAGIHKAN?

Setiap bantuan susu yang anda taja akan disalurkan ke kem-kem pelarian yang terlibat di Yaman. Iaitu:

+ Kem Shibam, 

+ Kem Al-Azraqeen 

+ Kem Shamlan (Sanaa) 

+ Kota Zabid, Hudaidah

+ Kem Ad-Dharwan

+ Kem Ar-Riqqah 

+ Kem As-Sawad

 

InsyaAllah semoga dengan bantuan anda, anak-anak di Yaman ini dapat bekalan nutrisi yang “hilang” untuk tumbesaran mereka.

BAGAIMANA NAK HULURKAN BANTUAN?

Untuk membantu, anda boleh pilih pakej di bawah:

✅ BEKALAN 2 BULAN: RM 560 (16 Tin Susu)

✅ BEKALAN 1 BULAN : RM 280 (8 Tin Susu)

✅ BEKALAN 1 MINGGU : RM 70 (2 Tin Susu)

✅ GENERAL: RM 35 (1 Tin Susu)

Terima kasih kerana sudi membantu anak-anak ini tuan puan. 

Percayalah anda bukan saja menyelamatkan masa depan mereka, tetapi anda juga telah menyelamatkan nyawa anak-anak ini dengan izin-Nya.

Semoga angka kanak-kanak Yaman yang merana kekurangan zat & kebuluran dapat dikurangkan atas bantuan dan doa dari anda, Aamin YRA.


Untuk bantuan secara manual/transfer/CDM boleh bank in ke akaun di bawah.

Bank : Maybank

Nama : Yayasan Kebajikan Muslim (MYFUNDACTION)
No akaun : 5505 1097 0218
Reference : “Susu Yaman"

ANAK LAMBAT BERTUTUR

Yg ada anak lambat bercakap, hari ni ajar apa?

Kalau anak itu sangat terhad perkataannya, tak sampai 10 perkataan harian, buatlah aktiviti padanan.

Aktiviti padanan sangat bagus sebab ia melatih daya tumpuan. Ada banyak permainan padanan kanak-kanak. 

Puzzle, memasukkan bentuk/warna, padanan ibu-anak haiwan, padanan corak baju/seluar, padanan kategori haiwan/buah/kenderaan. 

Ada anak yg sudah pandai buat padanan, laju saja dia masukkan, TETAPI tidak juga bercakap. 

Ini kerana padanan hanyalah Kemahiran Pra-Pertuturan. Untuk boleh bercakap, dia mesti naik 1 lagi anak tangga iaitu interaksi 2 hala dan kefahaman bahasa. 

Maka gunakanlah aktiviti padanan tersebut dengan cara 2 hala. Contohnya dengan bergilir memasukkan gambar. Jangan biar anak saja memadankan gambar. 

Ibubapa juga boleh menggalakkan anak untuk minta gambar. Dia nak padankan lagi, dia kena minta.

Jadi ibubapa mesti teman anak melakukan Aktiviti. Bukannya tengok dari jauh saja.

4 cara urus duit yang wajib diajar kepada anak!



 
Imej daripada Camino Federal Credit Union
 
Kita tidak dapat menafikan bahawa wang memainkan peranan besar dalam kehidupan kita dan anak-anak kita. Namun, sistem persekolahan tidak menyediakan pendidikan kewangan untuk anak-anak. Mengikut kajian yang dijalankan, lebih daripada satu pertiga ibu bapa tidak berbincang mengenai kewangan dengan anak-anak dan kanak-kanak tidak tahu bagaimana untuk menguruskan wang. Jadi, bagaimana kita mahu mengajar anak-anak menghargai duit? Ambil langkah-langkah di bawah untuk mendidik anak menguruskan wang: 

1. Beri elaun
Apabila anak diberi elaun tetap, mereka menjadi lebih peka akan nilai wang. Anak-anak dapat merasai pendapatan sendiri bertambah atau berkurang jika mereka menggunakkannya. Beri galakan supaya anak menyimpan ataupun berbelanja dengan bijak.

2. Ajar anak membuat pilihan bijak 
Jika anak mahu membeli mainan, biarkan mereka membuat pilihan itu. Terangkan berapa nilai wang yang telah disimpan dan berapa bakinya setelah digunakan. Sekiranya anda rasa pilihan mereka tidak bijak, berikan peluang kepada mereka supaya dapat belajar melalui kesilapan. Ia juga dapat mendidik mereka menjadi pengguna yang lebih bijak.

3. Ajar anak melabur 
Dengan permainan SAIDINA atau Monopoly, anak-anak boleh belajar tentang faedah melabur. Biarkan anak membuat urus niaga sendiri dalam permainan itu supaya mereka didedahkan kepada konsep pelaburan sejak awal. 

4. Jelaskan kesan berhutang 
Anak-anak tidak akan memahami konsep faedah bank dengan sepenuhnya, tetapi mereka tidak perlu memahaminya secara mendalam untuk ketahui kesan-kesan negatifnya. Jelaskan cara mengelak dan menguruskan hutang secara efektif supaya anak-anak mengingati dan tidak terjebak dalam gejala perjudian apabila besar nanti. Berikan ruang untuk mereka meminjam dan berhutang wang saku supaya mereka memahami konsep dan kesan berhutang. 


Ikuti tips di atas untuk cara-cara mendidik anak tentang tabiat baik menguruskan kewangan. 

ORDER HERE

Name:
Email:
Contact No:
Shipping Address:
Shipping Mentod: Courier
Poslaju
Item n Code:
Payment Mentod: MBB 5 63055 22145 4 (NUREZ LITTLE CLOSET)
CIMB 13080000229109 (NUREZ LITTLE CLOSET)
I'm New Customers
Followers
Return Customers

KLIK DISINI UNTUK BELI RETAIL

MIX WHOLESALE ORDER FORM

Name:
Email:
Contact No:
Shipping Address:
Shipping Mentod: Courier
Poslaju
ITEM:
Payment Mentod: MBB 5 63055 22145 4 (NUREZ LITTLE CLOSET)
CIMB 13080000229109 (NUREZ LITTLE CLOSET)
SIZE CHOICE: 6 atau 5 sizes: 3 pilihan pertama
3 pilihan terakhir
I'm New Customers
Followers
Return Customers

KLIK DISINI UNTUK BELI RETAIL

Since I dont have much time, please read the Terms & Condition before buying from this blog..ni dah konfem, dah dpt invoice, diam cam tu je.Kalau tak jadi tak pe, just inform me!! at least bgtau sepatah dua, xde la delay kerja saya dek kerana..backout buyer..

PROMO MENARIK..KLIK UNTUK KETAHUI LEBIH LANJUT..