promo menarik..klik utk ketahui lebih lanjut

SELAMAT DATANG

Please do not hesitate to email me again if your email has not been replied within 24 hours

MIX WHOLESALE OFFER. KINDLY EMAIL to on9shop2u@yahoo.com FOR DETAIL/TERM N CONDITION . TQ

MIX & MATCH

Please review the following wholesale buying policy here : http://garagesaleon9.blogspot.com/search/label/MIX%20WHOLESALE

APABILA KEBERKATAN DICABUT

APABILA KEBERKATAN DICABUT

RASULULLAH s.a.w. menyebut bahawa salah satu tanda-tanda kecil dekatnya kiamat ialah waktu yang terasa semakin singkat. Hadis mengenai ini cukup banyak, misalnya hadis riwayat Imam Ahmad dan al-Tirmizi daripada Abu Hurairah.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Tidak akan tiba hari kiamat hingga waktu semakin singkat. Setahun bagaikan sebulan, sebulan bagaikan seminggu, seminggu bagaikan sehari, sehari bagaikan satu jam. Dan satu jam bagaikan api yang membakar daun kurma.”
Dalam hadis al-Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah juga bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Waktu akan semakin singkat, harta melimpah ruah, fitnah akan menyebar, dan banyak terjadi pembunuhan.”
Para ulama tidak mentafsirkan “singkatnya waktu” dengan bertambahnya kecepatan putaran bumi sehingga jumlah masa dalam satu hari berkurang menjadi 23 jam misalnya. Pentafsiran seperti ini tentunya bertentangan dengan logik. Sebab jika kita memutarkan sebiji bola pada titik tertentu, tentulah laju putarannya semakin lama semakin berkurang, bukannya bertambah.
Oleh itu, para ulama hadis seperti Qadi ‘Iyad, al-Nawawi dan Ibn Abi Jamrah mentafsirkan singkatnya waktu ini dengan hilangnya keberkatan. Mereka berkata, “Maksud singkatnya waktu ialah hilangnya keberkatan waktu tersebut. Sehingga satu hari misalnya tidak dapat dimanfaatkan seluruhnya, melainkan cuma beberapa jam saja.”
Pendapat ini dikuatkan oleh Imam Ibn Hajar dalam Fath al-Bari, katanya, “Pendapat (hadis ini) bermaksud bahawa Allah s.w.t. mencabut semua keberkatan daripada segala sesuatu, termasuk keberkatan waktu. Dan ini merupakan salah satu tanda dekatnya kiamat.”
Apakah Maksud Berkat?

Dari segi bahasa, kata “berkat” (barakah) bermakna bertambah (al-ziyadah) dan berkembang. Kata ini digunakan untuk menunjukkan “kebaikan yang banyak” seperti dalam firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Kitab penuh berkat” dan “Malam penuh berkat”, yakni dipenuhi dengan kebaikan yang banyak.
Rasulullah s.a.w. juga sering kali mendoakan para sahabatnya agar Allah memberkati mereka, seperti doa Baginda untuk Abu Qatadah, “Ya Allah, berkatilah kulit dan rambutnya.” Sejak itu, kulit dan rambut Abu Qatadah tidak pernah beruban meskipun usianya bertambah. Al-Hafiz Ibn ‘Asakir dalam Tarikh Dimasyq bercerita bahawa Abu Qatadah wafat pada usia 70 tahun namun kulit dan rambutnya seperti remaja berusia 17 tahun.

Kita boleh membuat kesimpulan bahawa keberkatan dalam sesuatu bermakna kualiti sesuatu itu berkembang sehingga melampaui kuantitinya. Jika sebelummakan kita meminta Allah memberkatimakanan kita, bermakna kita meminta agarmakanan itu bermanfaat untuk kesihatantubuh dan ibadah kita. Kuantiti, bentuk danrasa makan itu mungkin tidak berubah, namun kesan positif yang diakibatkannya akan segera dirasakan oleh orang yang memakannya. Tubuhnya semakin kuat dan terhindar daripada penyakit, jiwanya terasa lebih ringan untuk melakukan perkara yang bermanfaat bagi dunia dan akhiratnya.

Tidak dinafikan bahawa Allah juga boleh memberikan keberkatan kepada makanan dengan membanyakkan jumlah atau kuantiti bersama kualiti makanan tersebut, sebagai mukjizat (untuk nabi) atau karamah (untuk hamba-Nya yang soleh). Hadis-hadis tentang hal ini sangat banyak dan masyhur sehingga tidak perlu disebutkan lagi pada kesempatan ini.

Keberkatan Waktu

Keberkatan yang paling penting ialah keberkatan dalam hidup dan keberkatan dalam waktu kita. Yakinilah, kita diciptakan untuk suatu tugas maha penting, dan waktu ialah modal yang penting untuk dapat menunaikan tugas tersebut dengan baik.

Tanpa keberkatan dan pengurusan waktu yang baik, kita tidak akan dapat menunaikan tugas tersebut dengan sempurna. Oleh sebab itu, bagi hamba-hamba Allah yang sejati, waktu jauh lebih mahal dan lebih berharga daripada wang dan harta benda apa pun di dunia ini.

Keberkatan waktu dan rezeki hanya datang melalui kekuatan iman dan tunduknya perintah dan larangan. Dalilnya firman Allah Taala yang bermaksud: “Jika sekiranya penduduk negeri itu beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan limpahkan kepada mereka keberkatan dari langit dan bumi.” (Surah al-A’raf 7: 96)

Imam Abu Bakar bin ‘Ayasy berkata: “Andai kata seseorang kehilangan sekeping emas, ia akan menyesal dan memikirkannya sepanjang hari. Ia mengeluh, “Inna lillah wa inna ilaihi raji‘un, emas saya hilang.” Namun belum pernah kita mendengar seseorang mengeluh: “Sehari telah berlalu, namun apa yang aku lakukan sepanjang tempoh itu?”

Hamba-hamba Allah ini selalu menyesal jika satu detik daripada waktunya berlalu tanpa manfaat. Seorang ahli hadis, Abu Bakar al-Khatib al-Baghdadi, sering kali dilihat membaca sambil berjalan, lantaran dia tidak ingin membuang waktunya. Imam Ibn Rusyd, ahli fiqah dan filsafat terkenal, juga diceritakan tidak pernah meninggalkan membaca buku dan mengajar sepanjang hidupnya kecuali dua malam sahaja; iaitu waktu dia menikah dan ketika bapanya meninggal dunia.

Imam Abdul Wahab al-Sya’rani bercerita tentang gurunya Syeikh Zakaria al-Ash‘ari (pelajar fiqah mazhab al-Syafi’i pasti mengenal nama ini), “Selama dua puluh tahun aku melayaninya, belum pernah aku melihat beliau dalam kelalaian atau melakukan sesuatu yang tidak berfaedah; baik waktu siang ataupun malam. Jika seorang tamu berbicara terlalu panjang kepadanya, beliau segera berkata dengan tegas: ‘Kau telah membuang-buang waktuku.’”

Keberkatan waktu dapat kita lihat dalam sejarah hidup tokoh-tokoh Islam dan para sahabat. Mereka berjaya melahirkan prestasi besar hanya dalam masa yang sangat singkat sehingga sering kali sukar diterima logik “zaman hilang-berkat” kita ini. Zaid bin Thabit, misalnya, berjaya melaksanakan perintah Nabi s.a.w. untuk menguasai bahasa Yahudi (Suryaniah), percakapan dan tulisan, hanya selama 17 hari saja. Walhal pada waktu itu belum ada alat bantu audio visual moden seperti sekarang. Bandingkan dengan diri kita yang memerlukan masa bertahun-tahun untuk mempelajari bahasa Arab atau Inggeris.

Para penulis biografi menceritakan bahawa al-Hafiz Ibn Syahin (seorang ulama hadis) menulis 330 judul buku, antaranya sebuah kitab tafsir al-Quran setebal seribu halaman. Sebahagian ulama meriwayatkan bahawa Syeikh Abdul Ghaffar al-Qushi menulis sebuah kitab fiqah dalam mazhab Syafi’i setebal seribu jilid di kota Akhmim.

Begitu juga, Imam Ibn al-Arabi (ahli hadis dan fiqah mazhab Maliki) Berjaya menghasilkan pelbagai buku besar dan penting, salah satu antaranya sebuah tafsir setebal 80 ribu halaman. Imam Jalaluddin al-Suyuti berkata bahawa pemimpin Ahli Sunah Waljamaah Syeikh Abu Hasan al-Asya‘ari pernah menulis sebuah tafsir sebanyak 600 jilid. Al-Suyuti berkata, “Kini buku itu masih berada di perpustakaan al-Nizamiah di Baghdad.”

Keberkatan Waktu

Belum lagi disebut Imam al-Ghazali yang hidup hanya 55 tahun, dan Imam al-Nawawi yang hidup hanya 45 tahun, namun berjaya menulis banyak buku berharga yang kebanyakannya tebalnya berjilid-jilid. Orang yang pernah menulis buku pasti tahu betapa besar keberkatan yang Allah berikan kepada waktu para ulama ini.

Sebagai manusia biasa, mereka memiliki waktu yang sama dengan kita; sebulan terdiri daripada empat minggu, seminggu terdiri daripada tujuh hari, dan sehari terdiri daripada 24 jam. Namun keberkatan dalam waktu memungkinkan mereka berkarya dan membuahkan hasil lebih banyak daripada kita. Keberkatan waktu benar-benar kita rasakan telah hilang pada masa kini.

Keluhan Orang Kafir di Akhirat

Kehilangan berkat dalam waktu adalah antara keluhan utama orang kafir di akhirat. Al-Quran menceritakan bahawa ketika kiamat, manusia merasa bahawa hidup mereka di dunia begitu singkat. Sebahagian mereka berasa hidup di dunia hanya sepuluh hari (Surah Taha 20: 103)

Yang lain pula berasa cuma sehari atau setengah hari saja, “Allah bertanya: ‘Berapa tahunkah lamanya kamu tinggal di bumi?’ Mereka menjawab: ‘Kami tinggal (di bumi) sehari atau setengah hari.’” (Surah al- Mukminun 23: 112-113)

Malah ada juga yang berkata bahawa masa hidup mereka di dunia hanya beberapa jam saja. Allah berfirman yang bermaksud: “Pada hari mereka melihat hari berbangkit itu, mereka berasa seakan-akan tidak tinggal (di dunia) melainkan (sebentar saja) pada waktu petang atau pagi hari.” (Surah al-Nazi‘at 79: 46)

Allah juga berfirman yang bermaksud: “Dan pada hari terjadinya kiamat, bersumpahlah orang yang berdosa; mereka tidak berdiam (di dunia) melainkan sesaat (saja).” (Surah al-Rum 30: 55)

Sayid Qutb menulis, “Orang yang hendak memikirkan hikmah Allah dan kesempurnaan agama ini dapat melihat kebenaran firman Allah ini lebih jelas daripada orang yang mendengar firman ini pertama kali. Realiti dunia di depan matanya membenarkan setiap kalimat daripada ucapan ini. Berbagai-bagai bangsa yang sesat dan memakan riba tertimpa berbagai-bagai musibah yang membinasakan sistem etika, agama, kesihatan dan ekonomi mereka.”

Sikap Kita

Jika kita menyedari bahawa keberkatan telah hilang, maka sungguh rugi jika kita membuang-buang waktu yang memang sudah sedikit itu. Sebaliknya, kita harus bertekad menggunakan waktu ini dengan baik untuk meningkatkan prestasi di dunia dan mengumpulkan bekal hidup di akhirat.

Abu Hazim Salamah bin Dinar berkata, “Segala sesuatu yang ingin kau bawa ke akhirat, siapkanlah dari sekarang. Dan sesuatu yang tidak ingin kau bawa, tinggalkanlah dari sekarang.”

Apa lagi Rasulullah s.a.w. memberitakan bahawa kondisi ini akan bertambah buruk pada masa akan datang. Baginda bersabda sebagaimana diriwayatkan al-Bukhari daripada Anas bin Malik, “Tidaklah datang kepadamu suatu zaman, melainkan zaman yang setelahnya lebih buruk daripada itu, hingga kamu berjumpa dengan Tuhanmu.”

Baginda juga bersabda yang bermaksud: “Cepatlah kamu beramal sebelum datang berbagai-bagai fitnah seperti kegelapan malam. Pada waktu itu, seorang beriman pada pagi hari dan kafir pada petang harinya. Ia beriman pada petang hari tetapi kafir pada pagi harinya. Ia menjual agamanya demi sedikit harta dunia.” (Riwayat Ibn Hibban dan al-Hakim daripada Abu Hurairah).

Ustaz Umar Muhammad Noor
Sumber artikel daripada majalah Solusi isu No.5

FARAID : Adakah Anak Saudara Simati itu Waris?

𝘼𝙉𝘼𝙆 𝙎𝘼𝙐𝘿𝘼𝙍𝘼 𝙎𝘼𝙃𝘼𝙅𝘼 𝘼𝘿𝘼
Apakah dia waris.

Soalan:
Ustaz! Simati ni tak ada sapa-sapa dah. Suami, anak, ayah, mak, adik beradik semua tak ada. Kalau ada pun, mati dulu belaka. Cuma ada seorang anak saudara sahaja. Waris ke tidak tu?

Jawapan:
Ada beberapa step perlu dipastikan sebelum menjawab.

1. Anak saudara tu lelaki ke perempuan?
Kalau perempuan, maka tutup cerita sebab anak saudara perempuan bukan waris. Kalau lelaki, pergi ke step 2.

2. Anak saudara lelaki tu dari adik beradik lelaki ke adik beradik perempuan?
Kalau dari adik beradik perempuan, pun tutup kes juga sebab dia bukan waris. Kalau dari adik beradik lelaki, maka pergi ke step 3.

3. Adik beradik lelaki tadi tu seibu sebapa, atau sebapa atau seibu dengan simati?
Kalau seibu dengan simati, maka tutup buku sebab anak2 adik beradik seibu bukan waris. Kalau seibu sebapa atau sebapa dengan simati, maka itulah waris simati dan layak mewarisi Asobah Binnafsi.

Jadi jawapannya, anak saudara tadi, jika dia anak saudara lelaki, dari adik beradik lelaki seibu sebapa atau sebapa dengan simati maka dia adalah WARIS ASOBAH. WA

𝙐𝙎𝙏𝘼𝙕 𝙈𝙊𝙃𝘿 𝙆𝙃𝙐𝙎𝘼𝙄𝙍𝙄 𝘽𝙄𝙉 𝙎𝘼𝙇𝙀𝙃, 𝘿𝙄𝙁
𝘿𝙖𝙞𝙚 𝙄𝙡𝙢𝙪 𝙁𝙖𝙧𝙖𝙞𝙙𝙝
𝙋𝙚𝙧𝙪𝙣𝙙𝙞𝙣𝙜 𝘽𝙚𝙗𝙖𝙨 𝙃𝙖𝙧𝙩𝙖 𝙋𝙪𝙨𝙖𝙠𝙖

SHOPEE. sisi menyeramkan PART 3- Kredit Al Irfan Jani

Tadi aku dihubungi Mr. Esten, pegawai dari Shopee KL, mengenai posting aku yang viral tu.

Banyak yang kami bualkan, bertukar-tukar idea, status terkini, dan penambahbaikan dari pihak Shopee.

1. Pihak Shopee minta maaf admin chat bagi jawapan macam tu. Katanya, isu ni jatuh ke kategori technical issue, bukan general feedback/complaint. Jadi, ia dalam tindakan mereka sekarang ni.
 
2. Menurut beliau, walau kes account takeover via phone number ni jarang berlaku, tapi mereka tetap ambil serius tentang keselamatan data pengguna.

3. Jadi, sejak hari post aku viral tu, malam tu juga team developer Shopee ada buat ubahsuai terhadap sistem. Dan proses tambahbaik ni akan berterusan dari semasa ke semasa. Meeting, develop, meeting lagi, develop.

4. Setakat ni, tadi aku cuba login via sms (by recycled number), aku dapati semua detail dah kosong. Takde dah chat history, sejarah pembelian, dan profile data. Baki ShopeePay pun dah zero. Wow. Aku dah boleh edit username. Yeay.

5. Lepas ni, Shopee akan upgrade lagi authentication process semasa bertukar nombor, dan permohonan akaun baru. Workflow untuk login by sms ni pun akan dinaiktaraf lagi dalam waktu terdekat ni.

6. Oh ya. Pasal gambar MyKad (half blur) dan gambar owner asal tu, menurut Shopee, itu memang gambar sampel, bukan gambar sebenar. Tapi mungkin tak ada perkataan SAMPLE, kang muka orang yang jadi model tu pulak disalahguna. Nanti diorang upgrade lagi benda ni.
 
7. Ada jugak aku cadangkan 1 feature dipanggil Shop name, supaya kita dapat bezakan antara nama kedai dan nama pemilik. Takdelah Shopee seller susah-susah nak cari nombor baru lagi. (Tapi lagi baik pakai nombor alternatif lah). Ha, tu nantilah depa putuskan macam mana. Shopee Business Account pun dah mula lama, jadi kita tunggulah nanti ada berita baik.

8. Pesan aku, korang nak bayar bil atau credit card settlement via Shopee ke, hati-hatilah handover maklumat diri. Korang berurusan dengan 3rd party individual tau. Jangan sebab nak diskaun RM2 punya pasal, sanggup gadai keselamatan diri dan keluarga. Pihak Shopee pun dah warning dalam CHAT kan, jangan bagi info rahsia kecuali apa yang dah tertera di profil aje. Ni sampai no kad kredit lah, nombor MyKad, semua kau serah leher.
 
9. Alhamdulillah, kes ini dah dikira selesailah ya.

Harap korang sebarkan info ini juga, supaya kita rakyat Malaysia tidak takut berbelanja online. 

Aku pun meniaga online juga. Aku nak lebih ramai orang yang tak pernah shopping online, untuk cuba juga walau sekali. Kalau ada isu, jangan takut suarakan, ya guys.

Jualbeli Online di Malaysia, MAJU!!!

Posting isu asal: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10164065789505055&id=739765054

SHOPEE sisi menyeramkan PART 2 -Kredit Al Irfan Jani

Sejak tulisan aku pasal Bahaya Shopping Online dan Risiko Nombor Recycle semalam viral, aku murung. Seharian tak ada mood nak buat apa.

Sebabnya,

1. Aku kecewa dengan respon Shopee yang berlepas tangan, admin support anggap ia adalah tanggungjawab pengguna itu sendiri. Padahal, yang aku usulkan adalah idea nak perbaiki kelemahan SOP dalam data security. Paling tidak, kau forward lah ke atasan cadangan aku tu. Adui.

2. Sistem aduan Jabatan Perlindungan Data Peribadi (PDP) di website tak kompeten. Tak boleh upload screenshot sebab 'fakepath' error. Aku mesej FB diorang pun, seen je pagi tadi. Aku harap kalau admin dia baca ni, bolehlah reply mesej aku.

3. Aku tak rasa ni isu pelanggaran Akta Data Peribadi. Ni lebih kepada SOP perlindungan data peribadi yang SAMBIL LEWA. Jadi, aku nak hala ke SKMM, puas cari kategori aduan berkaitan, semua takde kaitan. Dahlah aduan SKMM aku pasal telco sejak 18 Ogos haritu takde respon.

4. Yang paling murung, aku baru jumpa beberapa possibility (aku bukan ethical hacker bergaji pun), untuk dapatkan gambar kad pengenalan, DAN gambar pemilik akaun Shopee yang aku take over semalam. HIGH DEFINITION. Gambar IC tu memang blur, tapi dah alamat dan no IC dia aku dah tau kan. Senang sangat nak photoshop kalau aku ni jahat. 

Kau agak, seorang perompak boleh buat apa dengan dua benda ni? Simple. Siap perompak boleh buat loan lagi.

Kau pun tahu ni zaman FaceApp, selebriti-face-app, teknologi wajah ni semua. Sesenang aje nak blackmail.

Semalam aku dah share semua info card credit, astro, tnb, unifi semua dalam tangan aku. So? Amacam? Seram tak?

5. Last. Aku tak suka jadi hero, sebab aku dah penat. Sebelum ni aku turun naik court, sebab pihak yang aku goncang tu nak saman aku. Aku kena keluar kos sendiri hadap ni semua. Siap kena maki dengan orang berkepentingan lagi. Pahit getir semua tanggung sendiri. 

(Sejak 2016 aku aktif berkempen pasal pro-consumerism, tapi aku stop kejap sebab alasan kat atas ni.)

6. Kau tengok screenshot prosedur aku nak kena lalui lepas ni. Tribunal pebenda semua. Kau ingat aku takde kerja lain ke? Sesedap je korang cakap ini kerja fardu kifayah lah apa. Aku insan terpilih lah, dapat pahala lah, tanggungjawab aku lah apa. Cuba kena kat batang hidung kau yang cakap tu. Entah-entah, kau pun dediam je setel tepi.

7. Shopee, kau kena bayar aku. Kau anggaplah aku sebagai freelance consultant. Banyak lagi benda aku nak tunjuk ni.

8. Aku anggap, dengan pendedahan aku semalam, amanah aku dah selesai k. Aku nak cuci tangan.

Siapa belum baca post aku semalam, ni ha link dia, https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10164065789505055&id=739765054

UPDATE 8SEPT:  👇https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10164074399775055&id=739765054

SHOPEE . Sisi menyeramkan PART 1 -Kredit Al Irfan Jufri

GILA AH. Sesiapa yang berniat nak tukar nombor fon baru, pastikan nombor fon lama dalam akaun Shopee/Lazada/dll pun ditukar sekali.

Tadi, aku guna nombor simkad baru (recycled number), untuk login Shopee. Terperanjat, tertera semua sejarah pembelian owner asal akaun tu. ShopeePay dia balance 3 sen, aku dah pening nak diapakan 3 sen ni. Dapat kat tangan yang salah, RM30 pun sedap dikebas.

Chat History, semua telanjang abes. Entah-entah password pun ada kat situ.

Siap dapat tengok nombor akaun bank, nama penuh, termasuk shopping notes. (UPDATE: Aku korek-korek, siap jumpa semua nombor akaun bil air, bil elektrik, bil astro, bil unifi semua). Alamat penuh, jangan cakaplah, siap ada landmark lagi. Owner asal siap bayar bil kad kredit pakai Shopee tu, semua info ada. No kad kredit, expiry, nama atas kad, dll.

Dia ni, nak jimat RM2 punya pasal, sanggup cari diskaun kat Shopee untuk setelkan bil bulanan RM90 dia. Nasib aku tak terliur sangat dengan offer bayar bil online pada 3rd party individual.

Kalau awak pernah kongsi password/PIN dalam chat di platform lain, lagilah naya.

Sekarang ni, aku dah risau, kat mana je tempat paling selamat nak bayar bil online.

Orang nak curi identiti, tak payah takeover email, dapat akaun shopping aje cukup.

Isunya sekarang, kalau harini awak meninggal, siapa yang nak uruskan semua ni? Tau-tau pasangan awak tak dapat Faraid sebab akaun bank si mati dah zero, atau rumah kena rompak. Yelah, beli benda-benda mahal, orang tau je kaya ke idok.

UPDATED: Aku dah chat dengan admin. Paling koman dia cadang pun, account deletion, langkahnya di link ini: https://help.shopee.com.my/my/s/article/How-do-I-delete-my-Shopee-account-1542971798614

Nampaknya Shopee tak serius dalam hal ehwal perlindungan data peribadi. Not only purchase history, all the data including Chat History etc should be cleared as soon as the account is takeover.

Next, ke MCMC.

UPDATE 7SEPT:  👇https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10164070309965055&id=739765054

UPDATE 8SEPT:  👇https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10164074399775055&id=739765054

8000 Tin Susu Formula Diperlukan Segera, Untuk Bantu Anak Saudara Kita di Yaman Yang Kekeringan Susu


8000 Tin Susu Formula Diperlukan Segera, Untuk Bantu Anak Saudara Kita di Yaman Yang Kekeringan Susu

YAMAN DALAM DARURAT

Tahukah anda, menurut UNICEF, 400,000 kanak-kanak bawah 5 tahun menghadapi SEVERE ACUTE MALNUTRITION (SAM) dan 30,000 kanak-kanak bawah 5 tahun MATI setiap tahun disebabkan kekurangan zat.

Bayangkan tuan puan, pada umur yang begitu muda, anak-anak di Yaman terpaksa kebuluran atas keadaan mereka yang darurat.

Di mana ibu mereka? 

Ibu mereka ada. Cuma mereka tak mampu tuan puan. Susu badan si ibu kering kerana sudah lama tidak menjamah makanan.

Bila ada rezeki bantuan sampai, dapatlah mereka bekalan makanan, jika tidak ada, maka air hujan itulah diteguk untuk meneruskan hidup.

ANAK YAMAN TERLALU KURUS, NAMPAK RANGKA TULANG

Kami rasa berdosa tuan puan. Anak kita di Malaysia sihat walafiat, cukup makan minum.

Tetapi anak-anak di Yaman, saudara Muslim kita di sana menderita sakit.

 

Ada yang terlalu kurus sehingga nampak tulang rusuk.
 
Ada yang terbantut menyebabkan tubuh mereka sangat kecil dari usia mereka.
 
Ada juga yg tak mampu bertahan dan berakhir dengan kematian dek kebuluran.

Apa kita nak jawab di hari penghitungan kelak jika Allah tanya ke mana kita belanjakan harta kita?

Berapa banyak saudara Muslim yang susah kita dah bantu? Allahu…

BEKALAN SUSU FORMULA BUAT KANAK-KANAK YAMAN DIPERLUKAN

Atas tanggungjawab sesama Muslim, inisiatif bantuan bekalan susu formula buat kanak-kanak di Yaman bersama MyFundAction dilancarkan!

Kami sasarkan seramai 500 kanak-kanak akan menerima bantuan nutrisi susu formula ini selama 2 bulan.

+ 1 kanak-kanak = 8 tin susu sebulan

+ Satu tin susu RM 35 x 8 tin = RM 280

Ini bermakna 8000 tin susu dengan anggaran kos RM280,000 diperlukan sepanjang 2 bulan ini.

InsyaAllah selepas dua bulan, kami akan melihat perkembangan kesihatan anak-anak yang menerima susu bantuan ini untuk  menyediakan keperluan nutrisi susulan buat mereka.

KE MANA SUSU FORMULA INI AKAN DIAGIHKAN?

Setiap bantuan susu yang anda taja akan disalurkan ke kem-kem pelarian yang terlibat di Yaman. Iaitu:

+ Kem Shibam, 

+ Kem Al-Azraqeen 

+ Kem Shamlan (Sanaa) 

+ Kota Zabid, Hudaidah

+ Kem Ad-Dharwan

+ Kem Ar-Riqqah 

+ Kem As-Sawad

 

InsyaAllah semoga dengan bantuan anda, anak-anak di Yaman ini dapat bekalan nutrisi yang “hilang” untuk tumbesaran mereka.

BAGAIMANA NAK HULURKAN BANTUAN?

Untuk membantu, anda boleh pilih pakej di bawah:

✅ BEKALAN 2 BULAN: RM 560 (16 Tin Susu)

✅ BEKALAN 1 BULAN : RM 280 (8 Tin Susu)

✅ BEKALAN 1 MINGGU : RM 70 (2 Tin Susu)

✅ GENERAL: RM 35 (1 Tin Susu)

Terima kasih kerana sudi membantu anak-anak ini tuan puan. 

Percayalah anda bukan saja menyelamatkan masa depan mereka, tetapi anda juga telah menyelamatkan nyawa anak-anak ini dengan izin-Nya.

Semoga angka kanak-kanak Yaman yang merana kekurangan zat & kebuluran dapat dikurangkan atas bantuan dan doa dari anda, Aamin YRA.


Untuk bantuan secara manual/transfer/CDM boleh bank in ke akaun di bawah.

Bank : Maybank

Nama : Yayasan Kebajikan Muslim (MYFUNDACTION)
No akaun : 5505 1097 0218
Reference : “Susu Yaman"

ANAK LAMBAT BERTUTUR

Yg ada anak lambat bercakap, hari ni ajar apa?

Kalau anak itu sangat terhad perkataannya, tak sampai 10 perkataan harian, buatlah aktiviti padanan.

Aktiviti padanan sangat bagus sebab ia melatih daya tumpuan. Ada banyak permainan padanan kanak-kanak. 

Puzzle, memasukkan bentuk/warna, padanan ibu-anak haiwan, padanan corak baju/seluar, padanan kategori haiwan/buah/kenderaan. 

Ada anak yg sudah pandai buat padanan, laju saja dia masukkan, TETAPI tidak juga bercakap. 

Ini kerana padanan hanyalah Kemahiran Pra-Pertuturan. Untuk boleh bercakap, dia mesti naik 1 lagi anak tangga iaitu interaksi 2 hala dan kefahaman bahasa. 

Maka gunakanlah aktiviti padanan tersebut dengan cara 2 hala. Contohnya dengan bergilir memasukkan gambar. Jangan biar anak saja memadankan gambar. 

Ibubapa juga boleh menggalakkan anak untuk minta gambar. Dia nak padankan lagi, dia kena minta.

Jadi ibubapa mesti teman anak melakukan Aktiviti. Bukannya tengok dari jauh saja.

4 cara urus duit yang wajib diajar kepada anak!



 
Imej daripada Camino Federal Credit Union
 
Kita tidak dapat menafikan bahawa wang memainkan peranan besar dalam kehidupan kita dan anak-anak kita. Namun, sistem persekolahan tidak menyediakan pendidikan kewangan untuk anak-anak. Mengikut kajian yang dijalankan, lebih daripada satu pertiga ibu bapa tidak berbincang mengenai kewangan dengan anak-anak dan kanak-kanak tidak tahu bagaimana untuk menguruskan wang. Jadi, bagaimana kita mahu mengajar anak-anak menghargai duit? Ambil langkah-langkah di bawah untuk mendidik anak menguruskan wang: 

1. Beri elaun
Apabila anak diberi elaun tetap, mereka menjadi lebih peka akan nilai wang. Anak-anak dapat merasai pendapatan sendiri bertambah atau berkurang jika mereka menggunakkannya. Beri galakan supaya anak menyimpan ataupun berbelanja dengan bijak.

2. Ajar anak membuat pilihan bijak 
Jika anak mahu membeli mainan, biarkan mereka membuat pilihan itu. Terangkan berapa nilai wang yang telah disimpan dan berapa bakinya setelah digunakan. Sekiranya anda rasa pilihan mereka tidak bijak, berikan peluang kepada mereka supaya dapat belajar melalui kesilapan. Ia juga dapat mendidik mereka menjadi pengguna yang lebih bijak.

3. Ajar anak melabur 
Dengan permainan SAIDINA atau Monopoly, anak-anak boleh belajar tentang faedah melabur. Biarkan anak membuat urus niaga sendiri dalam permainan itu supaya mereka didedahkan kepada konsep pelaburan sejak awal. 

4. Jelaskan kesan berhutang 
Anak-anak tidak akan memahami konsep faedah bank dengan sepenuhnya, tetapi mereka tidak perlu memahaminya secara mendalam untuk ketahui kesan-kesan negatifnya. Jelaskan cara mengelak dan menguruskan hutang secara efektif supaya anak-anak mengingati dan tidak terjebak dalam gejala perjudian apabila besar nanti. Berikan ruang untuk mereka meminjam dan berhutang wang saku supaya mereka memahami konsep dan kesan berhutang. 


Ikuti tips di atas untuk cara-cara mendidik anak tentang tabiat baik menguruskan kewangan. 

RAYA HAJI AIDILADHA 2020

Esok dah raya. Korang korban ke tak? So tahun ni blk johor. Tahun lepas patutnya blk johor tapi toknenek laki aku meninggal. Kadi kami raya di Kota Bharu. Raya puasa pulak patutnya di Kota Bharu kot tapi PKP msa tu. So korang raya kat mana pulak?

Cara Membersihkan Sensor Roborock: 7 Langkah (dengan Gambar)

(RUJUKAN)pasukan penyunting dan penyelidik wikiHow

Pembersih vakum robotik Roborock menjadikan pembersihan lantai anda lebih mudah dan tidak mudah. Untuk memastikan Roborock anda berfungsi dengan baik, bersihkan sensor seminggu sekali. Sensor adalah "mata" Roborock anda yang membiarkannya melihat ke mana arahnya ketika membersihkan lantai anda. Sekiranya kotor, kekosongan anda mungkin mula menabrak objek, hilang tempat, dan tidak mengecas dengan betul. Membersihkan sensor sangat mudah dan semua yang anda perlukan adalah kain lembut.

Kaedah dari 2:

Mengikuti Amalan Terbaik

  1. 1
    Gunakan kain lembut dan kering untuk membersihkan sensor. Kain kering adalah semua yang anda perlukan untuk menghilangkan habuk dan serpihan lain yang menyekat sensor pada vakum anda. Kain microfiber atau kapas akan berjaya. Jangan gunakan sesuatu yang kasar untuk membersihkan sensor, seperti tuala kertas atau bahagian span yang kasar, kerana boleh menggaru. [1]
  2. 2
    Jangan gunakan air atau pembersih lain pada sensor Roborock anda. Roborock menasihatkan agar tidak menggunakan apa-apa yang lembap untuk menyapu mana-mana bahagian dari vakum Roborock, termasuk sensor. Sekiranya cecair masuk ke dalam vakum anda, ia boleh merosakkannya. [2]
    • Sekiranya sensor sangat kotor dan kain kering tidak membantu, anda boleh mencuba menggunakan kain yang sedikit lembap untuk mengelap sensor. Walau bagaimanapun, ini berpotensi merosakkan sensor dan membatalkan jaminan yang ada pada kekosongan anda, jadi teruskan dengan berhati-hati. [3]
  3. 3
    Bersihkan sensor seminggu sekali untuk memastikannya berfungsi dengan baik. Apabila kotoran dan serpihan terkumpul di sensor, vakum anda akan berhenti berfungsi dengan baik. Untuk mengelakkan ini, cuba ingat untuk membersihkan sensor sekurang-kurangnya sekali seminggu. Pertimbangkan untuk membersihkannya selepas setiap penggunaan sehingga anda tidak lupa. [4]
    • Bersihkan komponen Roborock anda yang lain secara berkala, seperti tong sampah, penapis, roda, dan sikat utama.
Kaedah dari 2:

Menghapuskan Sensor yang Berbeza

  1. 1
    Lap sensor penurunan 4 yang terletak di bahagian bawah vakum anda. Balikkan Roborock anda. Kemudian, cari 4 sensor yang berjalan di sepanjang tepi bahagian depan peranti. Ini adalah sensor penurunan. Ambil kain lembut dan kering anda dan lap dengan lembut setiap sensor. [5]
    • Sensor penurunan akan sedikit dimasukkan ke dalam plastik yang menutup bahagian bawah vakum. Panjangnya masing-masing sekitar 1 inci (2.5 cm) dan reflektif.
    • Model vakum Roborock yang berlainan mungkin mempunyai susun atur yang sedikit berbeza. Sekiranya anda sukar mencari mana-mana sensor, rujuk manual pemilik atau cari gambar rajah model khusus anda secara dalam talian.
  2. 2
    Bersihkan sensor jarak yang terletak di sisi Roborock anda. Ini adalah sensor yang membantu vakum anda menentukan sejauh mana jaraknya dari dinding berdekatan. Cari sensor berbentuk bujur kecil di setiap sisi vakum anda. Ini adalah sensor jarak. Lap dengan kain kering untuk menghilangkan habuk dan serpihan. [6]
  3. 3
    Lap sensor sentuhan di bahagian bawah peranti. Sensor sentuhan adalah sensor persegi kecil yang terletak di kedua-dua sisi roda depan. Mereka bersentuhan dengan terminal di stesen dok semasa anda mengecas Roborock anda. Lap sensor ini dengan kain kering dengan lembut. [7]
  4. 4
    Bersihkan sensor pemacu stesen dan pelanggaran stesen di bumper depan. Sensor ini membantu Roborock anda memasuki stesen dok dan mengelakkan objek semasa ia berjalan. Sensor pengembalian stesen dok adalah bujur mendatar sempit yang berpusat pada bumper depan. Sensor perlanggaran adalah sensor panjang dan sempit yang berjalan di sepanjang tepi bawah bumper depan. Lap kedua sensor ini dengan kain kering. [8]

Petua

  • Cuba bersihkan sensor Roborock anda sekali seminggu agar tidak terkumpul terlalu banyak habuk dan serpihan. Semakin bersih sensor, semakin baik vakum anda berfungsi.

Amaran

  • Jangan gunakan sesuatu yang lembap atau basah untuk menyapu Roborock anda atau anda boleh merosakkannya

CARA MEMBASUH LANGSIR EYELERT

JIKA NAK BASUH LANGSIR EYELERT

➡️ 1 cara  ialah buka ring-ring eyelert jika nak guna basuhan mesin..

➡️ 1 cara lagi yang paling mudah dan simple ialah rendam sahaja langsir semalaman....bilas....titik kan air manual je (jangan spin kain) dan jemur....baru ring ring eyelert tak rosak....sebab langsir ni kan kotoran hanya habuk² sahaja....Jadi bila rendam dengan pencuci pun dah ok...

Jika nak lagi senang just vakum sahaja langsir....vakum langsir yang terperangkap dengan habuk

Ring ring eyelert tidak akan bertakung air di dalamnya kerana setiap ring eyelert ada lubang di sisi ring.

Selamat mencuba...

4 TIPS ANAK SUSAH MAKAN NASI

😉Menghias makanan
Menghias makanan si kecil mengikut kreativiti masing-masing.
Lebih-lebih lagi bila anda menghias makanannya dengan watak kartun yang disukai atau memperbanyakkan warna menarik dalam pinggan anak. Pasti anak teruja.

😉Makan bersama-sama anak
Sebenarnya kalau nak tahu, apa yang ibu bapanya makan pasti anak akan perhati dan menjadi ikutan. Sebab itu, adalah sangat penting ibu bapa menunjukkan tabiat makan yang betul supaya anak dapat mengikutnya.
.
😉Jangan mendesak anak
Sudah menjadi lumrah ibu bapa untuk berikan nutrisi terbaik untuk anak. Kita mahu perkenalkan makanan sihat untuknya. Namun begitu, bukan mudah untuk si kecil terima makanan baru dengan mudah. Jika kita terus memamaksa anak akan rasa lebih tidak suka kepada makanan tersebut
.
😉Rutin tidak konsisten
Cuba tetapkan masa makan yang konsisten setiap hari. Pastikan anak fokus terhadap makanan tanpa gangguan televisyen atau gajet yang boleh mengalih tumpuannya ketika makan. Latih anak supaya habiskan makanan dalam masa 30 minit.

Mendapat Bantuan untuk Keganasan Rumah Tangga di Malaysia


Pilihan 1: Hubungi WAO
  • Talian Pantas WAO: +603 7956 3488 (24 jam)
  • SMS / WhatsApp TINA: +6018 988 8058 (24 jam)

Kami boleh memberi nasihat, meneroka pilihan anda, dan / atau menjadualkan konsultasi tatap muka dengan anda. Anda juga boleh mengakses perkhidmatan WAO seperti tempat tinggal dan sokongan krisis, dengan menghubungi WAO Hotline atau TINA.

Pilihan 2: Pergi ke "Pusat Krisis Sehenti" di Hospital Kerajaan

"One Stop Crisis Centres" (OSCC) terletak di bilik kecemasan hospital kerajaan. Di OSCC, doktor memberikan rawatan perubatan untuk sebarang kecederaan dan juga mengumpulkan bukti perubatan, yang dapat digunakan di mahkamah.

Anda boleh membuat laporan polis di hospital jika anda ingin membuat laporan. OSCC juga dapat membantu anda mengakses perlindungan polis, tempat perlindungan, nasihat undang-undang, dan kaunseling melalui Pekerja Sosial Perubatan atau Pegawai Kebajikan Masyarakat. Namun, TIDAK wajib membuat laporan polis untuk keganasan rumah tangga untuk mendapatkan rawatan perubatan.

Perkhidmatan perubatan di OSCC adalah percuma untuk mangsa keganasan rumah tangga dan keganasan seksual. Anda harus membawa IC anda ke OSCC.

Pilihan 3: Dapatkan 'Perintah Perlindungan Kecemasan' dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

Perintah Perlindungan Kecemasan (EPO) adalah perintah yang dikeluarkan oleh pegawai kebajikan sosial (JKM) yang memerintahkan pelaku untuk berhenti melakukan tindakan keganasan terhadap anda.

EPO boleh didapati pada bila-bila masa dengan menghubungi Talian Nur (15999) yang tersedia 24 jam sehari, atau dengan mengunjungi pejabat JKM terdekat. Anda harus membawa kad pengenalan dan sijil kelahiran anak anda (jika ada) ke JKM. Anda tidak perlu membuat laporan polis untuk mendapatkan EPO. Ia akan sah selama 7 hari.

EPO boleh digunakan sebelum memperoleh Perintah Perlindungan Interim (IPO) atau Perintah Perlindungan (PO).

Pilihan 4: Buat laporan polis dan memohon Perintah Perlindungan Sementara di balai polis

Membuat laporan polis

Anda boleh melaporkan sebarang tindakan atau ancaman keganasan.

Anda boleh membuat laporan polis dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris, sama ada dengan menaipnya sendiri di balai polis atau dengan menyatakannya secara lisan kepada pegawai polis. Anda juga boleh menyusun laporan anda terlebih dahulu. 

Dalam laporan polis anda, tuliskan perincian penyalahgunaan tersebut, seperti apa yang berlaku, ketika ia berlaku (tarikh dan anggaran waktu), di mana ia berlaku, dan siapa yang terlibat.  Ingatlah untuk mendapatkan salinan laporan polis.

Sekiranya anda tidak mahu menekan tuduhan tetapi ingin mendokumentasikan kejadian itu, anda dapat membuat "laporan penutup" dan bukan "laporan tindakan".

Memohon IPO

Anda boleh meminta pegawai polis untuk memulakan permohonan Perintah Perlindungan Sementara (IPO). IPO adalah dokumen pengadilan yang melarang pelaku melakukan penyalahgunaan dan berlaku sepanjang siasatan polis. Pasangan, bekas pasangan atau ahli keluarga pelaku boleh membuat permohonan IPO. (Walau bagaimanapun, IPO tidak merangkumi pasangan yang belum berkahwin.)

  • Dalam laporan polis anda, nyatakan bahawa anda mahukan IPO . IPO juga boleh merangkumi ahli keluarga yang lain, seperti anak-anak anda.
  • Dapatkan surat rujukan dari polis, yang menyatakan bahawa polis sedang  menyiasat kes tersebut.
  • Pergi ke Pejabat Kebajikan terdekat dengan laporan polis, surat rujukan, dan IC anda. Maklumkan kepada pegawai kebajikan bahawa anda mahukan IPO.
  • Pegawai kebajikan akan menemani anda ke mahkamah untuk memohon IPO.
  • IPO ini berlaku semasa siasatan polis. Setelah siasatan polis berakhir, dan kes itu didakwa di mahkamah, anda perlu memohon Perintah Perlindungan (PO).

Anda masih boleh membuat laporan polis walaupun anda tidak mempunyai kad pengenalan dengan anda. Sekiranya anda tidak pasti bagaimana membuat laporan polis, anda boleh menghubungi WAO Hotline di 03 7956 3488 atau SMS / WhatsApp TINA di 018 988 8058.

Bersedia untuk Meninggalkan Keganasan Rumah Tangga
  • Simpan sebarang bukti penderaan fizikal, seperti gambar kecederaan.
  • Buat jurnal mengenai semua kejadian ganas, rakam tarikh, peristiwa dan ancaman yang dibuat, jika boleh. Simpan jurnal anda di tempat yang selamat.
  • Simpan nombor kecemasan di telefon anda seperti:
    • 999
    • nombor balai polis terdekat
    • Talian Hotline WAO (+603 7956 3488)
    • Talian SMS / WhatsApp WAO, TINA (+6018 988 8058)
    • nombor keluarga atau rakan yang dipercayai
    • Anda mungkin ingin menyimpan nombor Hotline WAO dan TINA dengan nama yang berbeza, untuk mengelakkan pasangan anda mencarinya.
  • Pastikan ada kredit yang mencukupi di telefon anda. Sekiranya anda menggunakan telefon prabayar, simpan beberapa kad tambah nilai dengan anda.
  • Beritahu seseorang apa yang berlaku kepada anda.
  • Rancang dengan anak-anak anda dan kenal pasti tempat yang selamat untuk mereka, seperti bilik dengan kunci atau rumah rakan di mana mereka boleh meminta pertolongan. Yakinkan mereka bahawa tugas mereka adalah untuk tetap aman, bukan untuk melindungi anda.
  • Bungkus beg kecemasan dengan dokumen penting (sama ada dokumen asal atau fotokopi), wang, pakaian dan simpan di tempat yang selamat. Anda boleh meminta rakan atau keluarga untuk menyimpannya (elakkan ahli keluarga atau rakan bersama).

Masa untuk solat jemaah bersama anak


 

1. SAYA fikir, dalam tempoh perintah kawalan pergerakan yang diumumkan oleh kerajaan ini adalah tempoh yang sangat sesuai buat ibubapa bersama mendirikan solat berjemaah bersama dengan anak-anak.

2. Dalam tempoh ini, kebanyakan masjid dan surau telah pun diarahkan agar tidak melaksanakan aktiviti yang menghimpun orang ramai bagi mengekang penularan wabak penyakit. Ini adalah satu peluang keemasan buat ibubapa untuk mendirikan solat berjemaah bersama keluarga.

3. Perhatikan bagaimana generasi salaf terdahulu yang amat menitik beratkan soal solat berjemaah. Mereka memantau aktiviti solat anak-anak mereka. Al-Imam Abd Razzaq menukilkan satu kisah dari sahabat Nabi ﷺ yang pernah menyertai perang Badar. Beliau merekodkan dialog sahabat ini bersama dengan anaknya iaitu:

قال لابنه: أدركت الصلاة معنا؟ قال : نعم ، قال: أدركت التكبيرة الأولى؟ قال: لا. قال: لما فاتك منها خير من مائة ناقة كلها سود العين. والله أعلم.

“Apakah engkau sempat solat berjemaah bersama kami? Anak muda itu menjawab: Ya. Ayahnya bertanya lagi: Apakah engkau sempat mendapat takbir yang pertama? Anak mudanya menjawab: Tidak sempat. Ayahnya berkata: Sesungguhnya engkau telah terlepas satu kebaikan yang lebih baik dari seratus ekor unta!

 

 

4. Nah! Lihatlah bagaimana genarasi sahabat mendidik anak tentang solat berjemaah. Bukan sahaja solat berjemaah, malah sahabat ini menekankan akan pentingnya dapat bersama dengan Imam dalam takbir yang pertama.

5. Atas sebab itu al-Imam al-Zamakhshari merekodkan kisah Bakar ibn Abdullah al-Muzani, seorang Tabie yang soleh yang mengarahkan ahli keluarganya mendirikan solat. Kata al-Zamakhshari:

بكر بن عبدالله المزني – رحمه الله تعالى – إذا أصاب أهله خصاصة قال : قوموا فصلوا, ثم يقول: بهذا أمر الله تعالى ورسوله

“Sesungguhnya Bakr ibn Abdillah al-Muzani, sekiranya beliau ditimpa kesusahahan, maka dia akan meminta ahli keluarganya mendirikan solat lalu berkata: Dirikanlah solat, kerana beginilah yang diperintahkan oleh Allah dan RasulNya.”

6. Begitulah al-Muzani mendidik ahli keluarganya tentang solat. Apabila kita memerlukan sesuatu, maka mohonlah kepada Allah. Apabila ditimpa kesukaran seperti penularan penyakit ini, maka mohonlah bantuan Allah. Dirikanlah solat berjemaah bersama ahli keluarga dan mengadu kepada Allah.

Semoga Allah membimbing kita semua.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Majlis Ulama ISMA

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Tujuh kaedah mendidik anak cemerlang - Dr. Fadzillah Kamsah.


Teks : Norazira Mohamed
Gambar : Carian Google



Didalam mendidik anak-anak, berbagai cara dan kaedah yang digunakan oleh ibubapa dalam menghasilkan zuriat yang cemerlang. Ini kerana setiap seorang anak itu adalah unik dan berbeza-beza sifat dan perangainya. Oleh yang demikian, apa yang dipraktikkan untuk anak sulung tidak akan sama dengan apa yang dipraktikkan untuk anak bongsu. 

Menurut Dr. Fadzillah Kamsah didalam bukunya yang bertajuk 21 kaedah mendidik anak cemerlang, kemahiran dalam mendidik anak-anak adalah berlainan antara ibubapa-ibubapa lain. Ini kerana ilmu keibubapaan merupakan ilmu yang tiada sukatan pelajaran. Ianya merupakan salah satu ilmu kemahioran yang patut dimiliki oleh ibubapa seperti ilmu kewangan, ilmu rumahtangga atau ilmu keagamaan.

Namun demikian, Dr. Fadzillah ada menggariskan tujuh kaedah dalam mendidik anak-anak menjadi anak yang berjaya dan cemerlang dalam hidup.

Tujuh kaedah tersebut adalah seperti berikut :

1. Kaedah pesanan dan arahan

Kaedah ini merupakan salah satu daripada kaedah yang disarankan oleh Rasulullah S. A. W. Biasakan mendidik anak-anak dengan dipesankan sesuatu terlebih dahulu. Selepas itu boleh dilihat bagaimana reaksi mereka. Apakah dengan sekali pesanan atau arahan mereka boleh melakukannya atau perlu dipesan berkali-kali barulah pesanan dan arahan itu dapat diikuti. Sudah pastinya ibubapa hendaklah memberi arahan dan pesanan berulang kali tanpa merasa jemu dan bosan. Menurut pandangan pakar pendidikan kanak-kanak, anak yang pintar perlu diberi nasihat dan pesanan 200 kali tanpa bosan supaya mereka benar-benar memahami pesanan itu dan dapat bertindak dengan baik. Antara bentuk pesanan dan arahan kepada anak-anak :

  • Mengenai solat di awal waktu
  • Adab dengan orang tua-tua
  • Adab dengan guru
  • Adab dengan kawan-kawan
  • Tugas harian di rumah
  • Mengemas bilik sendiri termasuk meja belajar.
  • Tatacara makan mengikut sunnah nabi
  • Cara belajar yang berkesan
  • Ingat sentiasa menutup aurat apabila keluar dari rumah
  • Keselamatan jalan raya
  • Tanggungjawab melindungi adik-adik.

2. Kaedah bercerita

Kaedah bercerita boleh menguatkan lagi hubungan anak-anak dengan ibu bapa. Ibubapa boleh bercerita tentang pelbagai kisah motivasi terutamanya kisah-kisah teladan daripada Al-Quran, kisah nabi dan sebagainya. Tujuan bercerita ialah supaya anak-anak secara tidak langsung dapat dididik melalui pemahamam minda bawah sedar mereka, menyampaikan maklumat dan menyerapkan pengajaran yang boleh dicungkil daripada cerita tersebut, Selain daripada itu, ianya dapat mengerat dan merapatkan hubungan anak dan ibu bapa, yang mana anak-anak boleh menggambarkan di minda mereka dengan lebih jelas tentang apa yang diceritakan dan ini lebih berkesan bergantung kepada kemahiran pencerita.

3. Kaedah soal jawab 

Kaedah ke-3 dalam mendidik anak cemerlang ialah dengan bersoal jawab. Bersoaljawab dengan anak dapat menggerakkan minda mereka. Ibu bapa yang cemerlang hendaklah sentiasa bersoal jawab dan mengambil tahu mengenai diri anak dan perkembangan aktiviti dan pembelajaran mereka. Kaedah ini hendaklah dilakukan secara berterusan dan tanpa mengira masa, keadaan dan tempat seperti ketika dalam perjalanan, di rumah, waktu makan dan sebagainya.

Ibu bapa seboleh-bolehnya hendaklah berusaha menjawab semua persoalan yang diutarakan oleh anak-anak. Seandainya ibu bapa tidak tahu atau tidak pasti jawapan kepada soalan anak, jangan teragak-agak atau enggan untuk mengaku tidak tahu. Ibu bapa hendaklah memberi penjelasan atau jawapan kepada persoalan yang ditanya oleh anak daripada orang yang mahir dalam bidangnya.

Anak-anak kecil lazimnya suka bertanya soalan yang bertubi-tubi. Ramai ibu bapa yang tidak mengambil peduli keletah anak-anak ini. Tabiat ini tidak sewajarnya menjadi amalan ibu bapa kerana tabiat anak-anak yang bertanya itu sudah menggambarkan pembangunan minda anak-anak yang cemerlang. Jika ditangani dengan baik anak itu mempunyai potensi yang tinggi untuk menjadi anak cemerlang.

4. Kaedah merujuk kenangan lalu

Kaedah ini bermaksud samada kenangan suka duka, pahit manis yang di perolehi sepanjang kehidupan ini. Pengalaman yang positif diambil sebagai teladan, manakala pengalaman yang negatif pula dijadikan sempadan. Pengalaman ini elok dibuktikan dengan gambar, dokumen atau barangan peninggalan yang terlibat supaya ianya lebih mudah untuk menjelaskan mesej yang ingin kita sampaikan. Sekiranya mesej yang ingin disampaikan itu dapat difahami maka mudah pula dijadikan iktibar oleh anak-anak. Selain itu pengalaman dari anak-anak itu sendiri juga penting. Ibubapa boleh mengaitkan apa pengajaran dan mengapa perlunya mereka berwaspada dengan peristiwa pahit yang telah mereka alami atau teladan dari peristiwa manis dan kejayaan yang pernah mereka kecapi.

5. Kaedah nasihat dan teguran

Kaedah ini tidak boleh dilakukan setiap hari atau masa untuk mengelakkan rasa jemu dan bosan pada anak-anak. Nasihat dan teguran kepada anak-anak hendaklah diberi dalam hal yang berkaitan dengan akidah, ibadah, akhlak, tanggungjawab, kesihatan, suci hati dan erti kesusahan. Ketika mendengar nasihat dan teguran daripada ibu bapa, anak-anak hendaklah dilatih supaya memandang wajah kedua-duanya atau tunduk.Kaedah ini sangat penting dan ia berbeza dengan kaedah pesanan dan arahan yang mana pesanan dan arahan perlu dibuat setiap hari. 

6. Kaedah bermain dan bergurau

Cuba tanya diri anda, berapa kerapkah anda bermain-main dan bergurau-gurau dengan anak-anak anda? Terdapat pelbagai kaedah untuk kita bergurau dengan anak-anak ketika sedang bermain, beriadah mahupun bersukan. Matlamat bergurau dengan anak-anak ialah untuk menggembirakan hati mereka.


Mengikut kajian psikologi, apabila anak berasa gembira dan disayangi, mereka akan menjadi anak yang berdisiplin dan berakhlak yang baik. Tetapi jangan pula bergurau melampau batas seperti bermain dan bergurau berlarutan sehingga meninggalkan ibadah wajib dan tugas yang lebih penting.

Bapa juga tidak manis bergurau atau bermain dengan anak perempuan yang telah meningkat dewasa. Begitu juga ibu tidak manis bermain dengan anak lelaki yang telah meningkat dewasa. Perlakuan tidak manis ini jika tidak diikat oleh iman yang kuat, sering berlarutan sehingga boleh menyebabkan berlakunya sumbang mahram.

7. Kaedah latihan yang berterusan

Anak yang cemerlang perlu dilatih secara praktikal dan berterusan. Kaedah ini juga disarankan oleh Rasullullah S.A.W. Anak kita memang cemerlang tetapi perlu dilatih secara praktikal dan berterusan. Kaedah latihan boleh dibahagikan kepada beberapa ciri diantaranya :-

a. Jantina

Ibu bapa hendaklah memberi tugas kepada anak-anak sesuai dengan jantinanya seperti tuga yang berat dan kasar diagihkan kepada anak lelaki manakala anak perempuan kepada kerja-kerja dalaman yang lebih ringan dan sesuai dengan watak keperempuanan mereka. Bagaimanapun tidak salah jika anak lelaki diajar dan diasuh melakukan pekerjaan yang sering dilakukan oleh orang perempuan seperti membasuh pakaian sendiri, menyidai pakaian, melipat pakaian, memasak, membasuh pinggan dan sebagainya.

b. Usia

Pengagihan tugas juga perlu diagihkan mengikut usia. Anak yang berusia di bawah enam tahun belum boleh diberi tanggungjawab yang serius. Tahap tanggungjawab boleh ditingkatkan apabila usia mereka meningkat dan mengikut kesesuaian waktu.

Jangan lupa memberi pujian dan penghargaan kepada anak setelah mereka berjaya melakukan sesuatu pekerjaan itu. Namun jangan berlebihan kerana bimbang anak itu akan bersifat takbur.

Semoga perkongsian ini dapat memanfaatkan semua ibubapa dan semoga anak-anak yang dididik menjadi anak yang soleh dan cemerlang dunia dan akhirat. InsyaAllah...

Sumber: Majalah Wanita November 2005 - 7 Kaedah Mendidik Anak Cemerlang oleh Noraishah Ismail

ORDER HERE

Name:
Email:
Contact No:
Shipping Address:
Shipping Mentod: Courier
Poslaju
Item n Code:
Payment Mentod: MBB 5 63055 22145 4 (NUREZ LITTLE CLOSET)
CIMB 13080000229109 (NUREZ LITTLE CLOSET)
I'm New Customers
Followers
Return Customers

KLIK DISINI UNTUK BELI RETAIL

MIX WHOLESALE ORDER FORM

Name:
Email:
Contact No:
Shipping Address:
Shipping Mentod: Courier
Poslaju
ITEM:
Payment Mentod: MBB 5 63055 22145 4 (NUREZ LITTLE CLOSET)
CIMB 13080000229109 (NUREZ LITTLE CLOSET)
SIZE CHOICE: 6 atau 5 sizes: 3 pilihan pertama
3 pilihan terakhir
I'm New Customers
Followers
Return Customers

KLIK DISINI UNTUK BELI RETAIL

Since I dont have much time, please read the Terms & Condition before buying from this blog..ni dah konfem, dah dpt invoice, diam cam tu je.Kalau tak jadi tak pe, just inform me!! at least bgtau sepatah dua, xde la delay kerja saya dek kerana..backout buyer..

PROMO MENARIK..KLIK UNTUK KETAHUI LEBIH LANJUT..